Saturday, 19 December 2009

*TRIBUT KEPADA KAWANKU

disana,ada segaris garisan yang memisahkan diantara cinta dan kehidupan,
digarisan ini,terpisah sesuatu yang seringkali digelar sebuah 'persahabatan'.

Saturday, 14 November 2009

pelarian ditengah hutan konkrit

saya merupakan seorang pelarian di sebuah hutan.
hutan yang dipenuhi batu,simen,tar,asap,besi,dan keluli,tidak dilupakan juga ;cinta.

disini,saya mengejar banyak impian..untuk berjaya dalam pengajian,sukses dalam pencarian,handal dalam berlawan,berjuta dalam berkawan,dan tidak dilupakan juga;memenangi hatinya untuk diselitkan didalam buku percintaan.

stpm bakal tiba beberapa hari lagi,doakan saya berjaya.walaupun saya sendiri tahu,saya tidaklah sepandai orang-orang diluar sana,saya tahu kemampuan saya tak seberapa.



*''1990 ; tahun si juara''

Wednesday, 16 September 2009

pada suatu malam di bulan ''remdan''(lagu saloma)

mula-mula sekali,saya pergi ke bangsar,selepas itu,saya pulang ke rumah.

maka.....saya mulai merasa bosan dan kepala tak layan.maka(lagi sekali)saya ajak encik harith(bukan nama sebenar) pergi bercanda di sekitar ampang,iaitu lebih kurang pada pukul 2 pagi waktu malaysia.

kami bersidang di mcd ampang.saya fikirkankan disitu terdapat perkhidmatan "wayar kurang'',ataupun lebih dikenali sebagai wireless,(maafkan saya jika saya bodoh),rupanya tiada.saya hampa dan terasa nak penampar semua orang.ha!!!gelak sekali.

arakian,saya menunggang Proton Saga SE saya ke kampung baru.(baru sangat).bersidai disini dengan bertemankan nyamuk yang kelaparan.saya syak saya dan encik harith akan mendapat denggi.takutnya.tempahan katil di hkl telah kami lakukan.semoga tiada apa-apa yang berlaku,amin.

Thursday, 30 July 2009

hari ini saya gembira

kegembiraan saya sebenarnya adalah kegembiraan orang lain.Walaupun dia tak tahu yang saya mahu berkongsi kegembiraan ini,tapi saya tahu bahawa saya mencuri tumpang kegembiraan ini.Semoga dia tak tahu saya mencuri tumpang sebuah kegembiraan.

Wednesday, 15 July 2009

Aku dan Dia

Dunia kami berbeza,mungkn dia menilai sesuatu dengan berobjekkan sesuatu yang diluar jangkauan kemampuan aku.Dua jiwa yang tidak tahu,sama ada boleh disatukan ataupun cuma khayalan.Gelap dunia bila dia diam untuk seketika,barangkali untuk waktu yang lama.Mungkin apa yang aku rasa ,hanyalah sebuah sandiwara hati semata.Mungkin aku juga berkhayal dalam suasana gembira,kegembiraan yang aku sendiri cetuskan dan bukannya buah tangan daripadanya.

Harapan yang lahir ini pun aku sendiri bangkitkan,dan bukannya daripada apa yang dibalas dan diidamkan.Haha,aku faham perasaan ini,dan aku tak pasti sama ada dia merasai apa yang aku rasa,aku cuma mampu mengharap,walaupun aku bencikan pengharapan.Walaupun pengakhiran pentas ini diiringi sebuah tangisan,aku sudah puas,kerana aku menilainya dari segi yang tidak pernah aku fikirkan sebelum ini,menghargainya seperti aku menghargai diri aku sendiri.Segala yang pernah aku lakukan terhadapnya akan aku ingat sampai bila-bila,kerana;dia terlalu istimewa.Ingat,kali pertama takkan aku lupa,cik e.

Friday, 10 July 2009

kehadapan saudara fitri/bob II

Mengenai seorang manusia yang sudah menjadi seorang pmblog tegar dan mungkin sudah ketagihan memblog.haha!!

*jangan tak siap karangan sudah lah bob oi!!!

Wednesday, 17 June 2009

Mana

Aku berdosa,
Berdosa, biarkan kau huru-hara.

Apa aku tak punya suara,
Untuk aku kata, aku masih cinta.

Terdetik satu emosi,
Yang bodoh,
Kadangkala gopoh; untuk aku pergi, tapi aku tak pasti
sama ada aku boleh lari sejauh yang aku mimpi.

Rindu, jangan cerita lah,
Kau kat mana entah, aku di sini,
Aku tak pasti, kau hidup atau mati,
Nak ditanya, takut dimaki,
Doa, itu yang aku beri.

Rindu, sedalam ini,
terpendam dendam yang memang buat aku tak tenteram.

Di detik ini.




Tuesday, 16 June 2009

kenangan menggugat perasaan

Hari ini,aku pergi Titiwangsa,dengan Nan dan Sam.

Kenangan yang ada bermain di kepala,
Pedih,gembira,sedih,meleleh,hek elehhh.hahaha

Banyak benda berubah;kedai botol tak ada,cendawan berpaya dah kering
Tapi,suasana tetap sama,tenang.

Pembangunan memakan memori aku,
Memori bersama keluarga.


*aku sedih beb!!!