Thursday, 30 July 2009

hari ini saya gembira

kegembiraan saya sebenarnya adalah kegembiraan orang lain.Walaupun dia tak tahu yang saya mahu berkongsi kegembiraan ini,tapi saya tahu bahawa saya mencuri tumpang kegembiraan ini.Semoga dia tak tahu saya mencuri tumpang sebuah kegembiraan.

Wednesday, 15 July 2009

Aku dan Dia

Dunia kami berbeza,mungkn dia menilai sesuatu dengan berobjekkan sesuatu yang diluar jangkauan kemampuan aku.Dua jiwa yang tidak tahu,sama ada boleh disatukan ataupun cuma khayalan.Gelap dunia bila dia diam untuk seketika,barangkali untuk waktu yang lama.Mungkin apa yang aku rasa ,hanyalah sebuah sandiwara hati semata.Mungkin aku juga berkhayal dalam suasana gembira,kegembiraan yang aku sendiri cetuskan dan bukannya buah tangan daripadanya.

Harapan yang lahir ini pun aku sendiri bangkitkan,dan bukannya daripada apa yang dibalas dan diidamkan.Haha,aku faham perasaan ini,dan aku tak pasti sama ada dia merasai apa yang aku rasa,aku cuma mampu mengharap,walaupun aku bencikan pengharapan.Walaupun pengakhiran pentas ini diiringi sebuah tangisan,aku sudah puas,kerana aku menilainya dari segi yang tidak pernah aku fikirkan sebelum ini,menghargainya seperti aku menghargai diri aku sendiri.Segala yang pernah aku lakukan terhadapnya akan aku ingat sampai bila-bila,kerana;dia terlalu istimewa.Ingat,kali pertama takkan aku lupa,cik e.

Friday, 10 July 2009

kehadapan saudara fitri/bob II

Mengenai seorang manusia yang sudah menjadi seorang pmblog tegar dan mungkin sudah ketagihan memblog.haha!!

*jangan tak siap karangan sudah lah bob oi!!!