Saturday, 25 December 2010

pelangi di tepi lautan pasifik

jika kau mampu selami perasaan aku,
seperti dalamnya lautan pasifik,
diatasnya terbit pelangi,bukan plastik,

jika kau mampu mencuri hati ini,
kau bukannya pencuri kelas bawahan,
diatasnya terdapat keikhlasan,sukar dikelaskan,

kau kelip-kelip hidupku,
kerlipan yang tidak statik,
aku mula mancari-cari

kau pelangi pasifik hatiku,
warnanya buatku terusik,
mampukah aku memilikimu,

disaat itu...

*saya rindukan awak,saya sayangkan awak

Wednesday, 22 December 2010

kenapa eh?

Kenapa sangat susah nak ajak awak keluar eh.
saya rindu awak.

Sunday, 12 December 2010

-

Seringkali hati bertanya
Tiap saat kita bersama
Sampai bilakah harus ku memendam rasa

Tak pernah aku merasai
Bibir terkunci
Jiwa bergelora rasa tak percaya
Adakah ku bermimpi
Mimpi di siang hari


Dirimu... telah lama ku nantikan
Wajah yang bermain
Di mimpi-mimpiku
Hidupku.. kini bagaikan penjara
Tanpamu di sisi tak bermakna oh..oh..

Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai
Harapanku
Selama hayat dirimu tetap ku sanjungi.

aku ingin terbang,melayang di bawah bayang-bayang

aku ingin terbang tinggi,melampaui batasan langit,
pergi,aku pergi,untuk masa ini,
kerana aku masih memerlukan masa,
si dia,mereka,dan kalian
untuk kembali ke platform yang dewasa,
siapa curiga,aku atau mereka?
atau si robot manusia?
atau si Einstein Malaysia?
gila,jangan gila-gilaan,
aku berhenti memendang,tapi tidak berhenti mengira,
kita lihat,satu masa,siapa pegang pingat juara.
kerana aku akan menggunakan mesin masa,
aku sudah biasa.

dia

aku berikan penghormatan,kerana kau sudah berjaya merompak hati ini,
setiap masa,setiap fasa,kau yang bermain diminda,
siapa kau?
oh si dia,
mulanya hanya satu tegur sapa,tapi kau mulai membuat aku leka,lupa,ini adalah dunia.

tapi,
adakah kau rasai perkara yang sama?atau cuma sekadar biasa-biasa?
ya,kau cuma hanya yang ada,bagiku kau ada dimana-mana,
kerana inilah cinta

3.5.

Wednesday, 8 December 2010

bila?

bila tibanya saat itu?
siapa pun tak tahu,
usahalah kamu selagi termampu.

Kejayaan ada disana,
menanti tanpa kira sesiapa,
tetapi bagi sesiapa yang inginkannya.

maju,terus,mara
kau jangan leka,dunia!
saatnya akan tiba.

untuk aku memperkenalkan kepada dunia

Tuesday, 2 November 2010

katakan apa sahaja mahumu

aku mahu duit,aku mahu bebas,aku mahu hidup,aku mahu terbang,aku mahu melayang
aku mahu segalanya,yang penting,aku mahu akhirat.

kemahuan mencerminkan status,hehehe

Wednesday, 29 September 2010

salah ?

salah aku?salah aku?
simpan dalam2,jaga diam2,biar pendam,bukan dendam,kisah semalam....

*persoalan menjaga hati yang berat,sarat,oh...aku masih sempat?

Friday, 17 September 2010

pentingnya...

''pentingnya duit jika...ic sudah hilang''
''pentingnya duit jika...lesen memandu sudah hilang''
''pentingnya duit jika...cukai jalan sudah hilang''
''pentingnya duit jika...kad atm sudah hilang''

duit penting,dan boleh berubah menjadi khilaf.

lalai terhadap duit,lalailah kita kepada neraka,abadikan dunia
obsesi terhadap duit,obseslah kita kepada dunia,lupakan neraka

*jagalah harta peribadi anda agar tidak diculik,dirampas atau ditidaksengajakan tercicir.gunakan duit sebaik mungkin.

Tuesday, 14 September 2010

kembali ke sini

ramadhan sudah berlalu...
aku kadang2 terasa rindu,haikhh...bulan yang mulia dan indah.
bila habis ramadhan,syawal menjelma...riangnya,fuhhh!!!tak terkira.
kanak2 apatah lagi.sibuk mengutip lah(dah macam ceti)hahaha,bila tiba malam je,mula lah mengira...mula menjerit,''mak!!!!tak cukup singgit lagi nak sampai seratus!!!''

haha,syawal akan pergi juga,jadi,sama2 kita meraikannya,bermaafan sesama umat manusia.syukur diatas nikmat yang maha esa.jangan kita lupa segala pelajaran mengenai segala ''kawalan'' yang dipraktikkan semasa ramadhan.salam

*hari raya yang mulia

Thursday, 19 August 2010

kita berjumpa lagi

jangan membenci sesama manusia,
jika mahu membenci,bencilah ideologinya.

*kita semua berasal dari yang sama,Nabi Adam A.S

Thursday, 29 July 2010

mari mari mari berfikir

Kehidupan bukan untuk kegagalan,tetapi,untuk merasai kehidupan,kita perlu gagal terlebih dahulu,barangkali.Menimba seberapa banyak pengalaman yang boleh,selagi masa dan usia mengizinkan.

Bumi yang tebentang luas,setiap incinya ada rezeki,tidak kira utara, selatan, timur, atau barat.Rezeki,peluang dan kejayaan ada dimana-mana.Tidak perlu untuk kita menyerah kalah,lupakan kekalahan,sematkan perjuangan.

Buat keluargaku,rakan-rakanku,musuh-musuhku,dan juga semua yang ada disana,ingatilah,bahawa Allah sentiasa ada bersama.Tempuhilah perjalanan hidup dengan lancar dan ikhlas.

*sayang semua!

Monday, 26 July 2010

meredah hutan

24 julai 2010,9am-6pm

Saya bersama geng2 kawasaki klx150,Bkz,DMx-r dan beberapa lagi motor yang tak dapat dikenalpasti telah meredah Hutan Kemensah.

Aktiviti ini sungguh mencabar,tak seperti yang digambarkan sebelum ini.

Alhamdulillah,segalanya berjalan dengan lancar.Biasalah kalau ada sedikit masalah,jatuh,tersekat,hehehe.

*Badan masih sakit sehingga ke hari ini,hahahaha

Tuesday, 13 July 2010

perang

seorang,mungkin juga dua orang mahu berperang dengan aku
aku yakin aku akan menang,
kerana mereka;
''sisa-sisa daripada kaum yang dilaknat''


*homoseks,lesbian,ingatlah,Allah melaknati kalian.Bertaubatlah.
''Allahuakbar!!!''

Thursday, 8 July 2010

setiap hari

meredah mrr2,penuh berani,jam sana sini
duit minyak,memperjudikan motor,untuk ke pejabat
lapar dahaga,hanya kerana masa yang penuh berharga


Hidupku 2010

Thursday, 3 June 2010

gila geli

Cinta,boleh membuat aku ketawa,boleh membuat aku hiba,boleh membuat aku lupa.Cinta,membawa sebuah makna yang mendalam,seluas laut dipandang,itulah persamaan yang boleh disamakan dengan cinta.Cinta amat luas.Bermain dengan macam-macam perasaan,didalam cinta itu sendiri,terselit sayang,rindu,kasih,marah,benci,jujur dan sebagainya.Kejujuran kadangkala memedihkan.Jika anda bercinta,cintailah dengan sejujurnya.dan kalau bukan didunia mungkin disyurga

Wednesday, 21 April 2010

cemburu?

kadangkala,cemburu boleh menambah cinta
cemburu juga boleh membunuh cinta
dan rasa itu takkan datang untuk seketika
mungkin selamanya

ahh,pedulikan
siapa peduli?



*heesh!!!jiwa-jiwa,hahaha

Tuesday, 20 April 2010

hari jadi

hari jadi,masak sendiri,
hari mati?

*mati itu pasti,hidup itu insyaAllah

Monday, 19 April 2010

pening

maaf ya,
saya pening sangat-sangat

Friday, 16 April 2010

ada apa pada hari esok?

esok?
mungkin ada cahaya,ada gelita,
mata siapa?
angkara?
diri kita?mungkin ya.
akan datang satu ketika,semuanya binasa.
atas perilaku mereka.

*siapa kita sebenarnya?

Thursday, 15 April 2010

bakar!

mana pergi selama ini?
kalau bukan ke langit,adakah ke bumi?
ya,aku disini,sekadar memerhati,
kerana menimba ilmu yang tak berbaki.

*selamat kembali ,hehehe

Wednesday, 6 January 2010

Mengapakah hari-hari terbaru di 2010 sangat membosankan?