Saturday, 25 December 2010

pelangi di tepi lautan pasifik

jika kau mampu selami perasaan aku,
seperti dalamnya lautan pasifik,
diatasnya terbit pelangi,bukan plastik,

jika kau mampu mencuri hati ini,
kau bukannya pencuri kelas bawahan,
diatasnya terdapat keikhlasan,sukar dikelaskan,

kau kelip-kelip hidupku,
kerlipan yang tidak statik,
aku mula mancari-cari

kau pelangi pasifik hatiku,
warnanya buatku terusik,
mampukah aku memilikimu,

disaat itu...

*saya rindukan awak,saya sayangkan awak

Wednesday, 22 December 2010

kenapa eh?

Kenapa sangat susah nak ajak awak keluar eh.
saya rindu awak.

Sunday, 12 December 2010

-

Seringkali hati bertanya
Tiap saat kita bersama
Sampai bilakah harus ku memendam rasa

Tak pernah aku merasai
Bibir terkunci
Jiwa bergelora rasa tak percaya
Adakah ku bermimpi
Mimpi di siang hari


Dirimu... telah lama ku nantikan
Wajah yang bermain
Di mimpi-mimpiku
Hidupku.. kini bagaikan penjara
Tanpamu di sisi tak bermakna oh..oh..

Mungkinkah akan terjadi
Dirimu aku miliki
Berilah tanda kepastianmu
Namun jika tak tercapai
Harapanku
Selama hayat dirimu tetap ku sanjungi.

aku ingin terbang,melayang di bawah bayang-bayang

aku ingin terbang tinggi,melampaui batasan langit,
pergi,aku pergi,untuk masa ini,
kerana aku masih memerlukan masa,
si dia,mereka,dan kalian
untuk kembali ke platform yang dewasa,
siapa curiga,aku atau mereka?
atau si robot manusia?
atau si Einstein Malaysia?
gila,jangan gila-gilaan,
aku berhenti memendang,tapi tidak berhenti mengira,
kita lihat,satu masa,siapa pegang pingat juara.
kerana aku akan menggunakan mesin masa,
aku sudah biasa.

dia

aku berikan penghormatan,kerana kau sudah berjaya merompak hati ini,
setiap masa,setiap fasa,kau yang bermain diminda,
siapa kau?
oh si dia,
mulanya hanya satu tegur sapa,tapi kau mulai membuat aku leka,lupa,ini adalah dunia.

tapi,
adakah kau rasai perkara yang sama?atau cuma sekadar biasa-biasa?
ya,kau cuma hanya yang ada,bagiku kau ada dimana-mana,
kerana inilah cinta

3.5.

Wednesday, 8 December 2010

bila?

bila tibanya saat itu?
siapa pun tak tahu,
usahalah kamu selagi termampu.

Kejayaan ada disana,
menanti tanpa kira sesiapa,
tetapi bagi sesiapa yang inginkannya.

maju,terus,mara
kau jangan leka,dunia!
saatnya akan tiba.

untuk aku memperkenalkan kepada dunia