Thursday, 8 December 2011

kadangkala itu, semuanya terpaku

terpaku kerana sikap yang tak mahu mengambil tahu
sikap yang dipalu perasaan ego
berlalu, angin lesu itu membelenggu

kehadapan kehidupan yang layu
adakah kau akan tersenyum lagi?

jawapannya, barangkali
jika jalan yang lurus itu ada di kotak akalmu

E

masalah itu mandatori

masalah itu ialah konflik
fahamkan sendiri
sesuatu yang diinginkan tapi tercetus sesuatu yang tidak diinginkan

semalam, dan semalam, dan beberapa semalam

agak lama tak menaip
mungkin banyak benda yang bermain dalam kehidupan yang tak seberapa ini
alasan ini mungkin munasabah

beberapa minggu lepas,
aku dan ''Epilog''
bergilaan di atas pentas MMU Melaka
ternyata apa yang aku idamkan selama ini sedang menuju kejayaan
tak pasti lagi bila kejayaan itu akan tercapai
tapi aku percaya kepada itu

18 disember ini
sekali lagi aku dan ''Epilog'' akan berada di Melaka
patinya, aku menjanjikan yang terbaik untuk fans yang mengharapkan sesuatu yang bertenaga
kepada fans, terima kasih atas sokongan anda
empayar kita baru sahaja bermula
''Kuasa, tenaga, dan gila-gila''

*Epilog- catatan ke-42, Metropolitan

Monday, 21 November 2011

berhenti, berfikir, teruskan disini

aku berhenti
bersihkan kembali tapak ini
atas alasan untuk kembali
aku akan pergi
dan yang pasti
aku tak bermimpi lagi

*semuanya bukan ilusi

Sunday, 23 October 2011

hari hari

hari hari,
aku melayan kerenah aku
melayan hal aku
aku tak pernah jemu
aku tak pernah letih

hari hari,
aku harus ingati dia
memahami dia
aku tak pernah kesal
aku tak pernah ralat

E



Saturday, 22 October 2011

bukalah minda

baru terbuka fikiran anda
terimalah satu satu idea dan perubahan
bangkangan? itu satu kejayaan, bagi kalian dan aku
halangan? berikan satu isi yang rasional aku perlukan.

jauhilah klise, kerana itu satu kebosanan
bergerak lah ke satu yang baharu
walhal yang baru itu juga adalah;
''kesinambungan daripada yang lama''.

Friday, 21 October 2011

bosannya hari ini

sekian kebosanan melanda

cakekau (catatan kepada kau)

kau
orang yang menang dalam hati ini
setiap masa kau disini
ya, dihati

kau
walaupun kau 'baran' tak menentu
walaupun kau 'elektrik' selalu
aku layan ibarat nyawa sendiri

kau
masa yang berlalu tak akan aku lupakan
setiap detik aku angankan
pasti, setiap nafas aku memerlukan

kau
rasa yang tak aku mati
resah yang aku tak peduli
selalu aku rindui

kau
nyawa aku yang pertama
denyutan nadi aku yang ke-dua
satu dalam sejuta


Monday, 17 October 2011

''Give instruction to a wise man and he will be yet wiser"



Haih, tak tau lah kenapa sejak dua menjak ni jadi macam ni,
aku rindukan tempat ni,
disini, semuanya sejarah,
baik dunia, malaysia, komuniti, sosial, mahupun diri aku sendiri,
tempat yang mengajar aku semua benda,
dari seorang budak menjadi seorang lelaki,
7 tahun, masa yang panjang,
masa menimba yang panjang, untuk bekalan sepanjang hayat.


nyanyi dalam hati je lah...

Let us now with thankfulness
Praise the founders of our School.
Let us now with thankfulness
Praise the founders of our School
For their foresight and devotion,
Some who came across the ocean,
Some Malaysia's own sons,
All true Victorians.

Let us next remember here
All who passed through this our School.
Let us next remember here
All who passed through this our School,
Not one race but one in feeling
For a school to each appealing
That instruction be not all
Nor this School just roof and wall.

Let us lastly pledge ourselves
Ever to uphold our School.
Let us lastly pledge ourselves
Ever to uphold our School.
In our work and in our leisure,
With such zeal and in such measure
That the new Victorians
Match with Old Victorians.
Lyrics by: G. F. Jackson



Dan universiti? ;bukan disini aku belajar dunia, di sini aku ''mempraktikkan'' dunia.


Sunday, 16 October 2011

apa pun tak jadi

hari ini, apa pun tak jadi.
kenapa? kenapa aku dah tak boleh menyanyi?


kenapa.....

Thursday, 6 October 2011

macam tak busy je hari ni?

HEY HEY HEY.!

Tak busy kepala otak kau,
pergi matahari tak naik, balik matahari baru turun,
tapi tak apa,
aku kena usaha keras untuk semester ni,


pergi matahari tak naik, balik bulan dah mengambang pun tak apa!




Tuesday, 4 October 2011

entri jiwa jiwa lagi, tak nak baca pergi la mampus

kesetiaan ialah benda paling rare di dunia yang fana fatamorgana fotosintesis ini.


Aku bukan persoalkan diri aku sendiri, tapi kepada sebilangan manusia di luar sana.

SUSAH SANGAT KE UNTUK SETIA?










aku sayang orang yang aku sayang

kalau aku sakitkan hati kau, maafkan aku
kalau aku buat kau emosional, maafkan aku
kalau aku buat kau sedih, maafkan aku

aku sayang orang yang aku sayang

* melampau jiwang aku ni

Monday, 3 October 2011

kelibat peninggalan

pantas aku helakan,
satu noktah terakhir dalam perbicaraan.
kau, aku, proses, sejarah, memori; yang tak berapa nak indah.

hehe, aku tahu kau susah melupakan,
setiap inci perbualan,
bagi aku, itu cuma membosankan.


Friday, 30 September 2011

lambat lagi... delay delay delay

proses mixing aku lalui dah dekat 4 kali,
mastering pun 4 kali,
redo vocal dah 4 kali(bukan salah aku, salah vokalis)
sekarang, tinggal last mixing untuk lagu ni

aku tak kisah nak invest
yang penting, kualiti


aku sanggup tunggu lagu ni,
insyaAllah, another good thing for Malaysia.

Tuesday, 27 September 2011

hi kawan!

hi kepada stalker yang nor cakapkan tu,

ESH!!!!!

hi! hi! hi! hi! hi! hi!

kemaskini kehidupan

hidup macam penuh kebingungan
apa ada pada kehidupan?
; satu penceritaan yang kau sendiri lakarkan, kau lukiskan, kau warnakan, kau hiaskan, dan kau abadikan.

Mudah disini untuk aku tuliskan, tapi mudahkah untuk aku jalankan?
adakah kehidupan itu mudah? se-mudah.my? persoalan itu, KITA sendiri yang tentukan.

maka dengan ini, aku isytiharkan, bahawasanya kehidupan aku kini berada pada tahap

MEMUASKAN separuh masa ini

E





Friday, 23 September 2011

macam lama?

macam lama tak menaip
kekok

dunia yang sangat sibuk
haihhhhhh!

Tapi otak saya tak sibuk pun kalau ingat awak, E

Friday, 26 August 2011

kesialan hari ke 26

Beberapa minit lagi waktu berbuka puasa
Dan dalam poket aku cuma ada RM 2
Aku bukan tiada duit
Tapi semua yang berlaku, adalah kesalahan CIMB
ATM semua offline, dan notis tak tahu sampai bila
Aku kelaparan,
Aku cuba memikirkan dengan apa aku nak berbuka nanti

Ditempat kerja, seorang diri
Transport tak ada, jiwa bergelora
Kredit tak ada. Dahaga

Di BSC, dan aku masih mencari, aku lapar
Allah, bantulah aku


Monday, 22 August 2011

Lagu

Ramai tanya bila mahu rilis..
Bila woi bila!

Lepas raya

Saturday, 13 August 2011

selesai!

Proses rakaman sudah selesai
Tinggal mixing dan mastering

Dan tunggu untuk release
Takut...
Harap2 ada yang bagi sokongan
Alhamdulillah

Saturday, 6 August 2011

sabtu disini, di BB, di pusat segala badi

berkeliaran makhluk tuhan yang kelaparan

tanpa segan, berpelukan , walhal ini ramadhan

kelalaian, ''ketidakmaluan'', itulah pegangan

Tuesday, 2 August 2011

apabilanafasakumulasemput

semput
bukan senggugut

kerana satu perkara

RUTIN

rutin akan membuat nafas aku semput

emosional untuk nasional

bila lutut aku mula berfikir
mengenai syawal yang bakal tiba, aku emosional
kerana waktu itu juga mungkin untuk nasional
dan sejujurnya, aku emosional kerana bekerja pada hari nasional
ini tidak rasional

ralat sangat

cerita ini bukan rekaan

Pada masa ini, aku sudah rasakan agak keterlaluan
Dari segi percaturan hidup, perjalanan masa, pergerakan hati, dan sebagainya

Arus pemikiran yang melampau
Jarak pusingan yang melampau
Harga kehidupan yang melampau
Cinta e yang melampau

Monday, 1 August 2011

anti klimaks

perasaan yang selalu datang bila masa tersempit

keadaan terhimpit

jawapan

mengapa kau diam seribu bahasa
mengapa kau diam tanpa makna

lidah kau kelu
tubuh kau berbahasa kaku
hari berganti
dan kata2 kau aku nanti


tahukan kau, inilah waktunya
yang aku tunggu jawapan yang satu
aku sanggup membuang masa disini
hanya untuk sebuah cerita yang aku cipta
hanyutkan aku dalam belenggu ini
E.S

Sunday, 24 July 2011

Monday, 18 July 2011

apabila janji ditaburi

janji
ikatlah kata kata itu
tapi janji itu
hanya mampu membuat ku layu

aku tunggu,
aku tunggu,
aku tunggu

dan kau berlalu
maaf, aku pergi.

Friday, 8 July 2011

bukit bintang dan kelibatnya

malamnya cerah, siangnya parah

punah

sangat berat realiti
dan mentaliti itu jatuh
ataupun hilang, samar barangkali

aku cuba berpura-pura,
dan aku berjaya,
bermakna aku berjaya menipu,
dan aku menipu,
bermakna aku berjaya berpura-pura

Monday, 4 July 2011

risau

risau

satu ilustrasi di skrin ini menghantui




sekian

Wednesday, 8 June 2011

seketika di pavilion

taraf manusia,
ada beza,
kaya, papa kedana, atau sederhana,

ramai kurang perasan,
kita semua sama,
hanya manusia.

apa yang kita ada didunia,
bukan indikator ke syurga, lebih teruk lagi, ke neraka.

tapi
puma dalam kenangan

Wednesday, 25 May 2011

aku jiwa luka

Parah gila!
hari2 dengar sedetik lebih-anuar zain
sampai bila?

Tuesday, 3 May 2011

semuanya gagal

dalam hari-hari kita bernafas,
tiba satu masanya, ataupun suatu masanya,
untuk kita semua lihat kembali masa tapak belakang,


kerana situlah punca kita di hadapan kini.


walau apa yang terjadi, dunia mesti kita harungi hingga..
akhir nafas,
lihatlah kegagalan sebagai awalan hangat suatu kejayaan

Thursday, 21 April 2011

entri khas kepada nor

HAHEHO.. NOR JELES TAKDA PEMINAT.. KAHKAHKAH

Wednesday, 20 April 2011

Tuesday, 12 April 2011

habis, kehabisan, penghabisan, dan menghabiskan?

bila masa habis?
bila aurat penghabisan tak menunjukkan ianya kehabisan,
tak ada suara yang boleh menghabiskan cerita ini

cerita antara;
jujur dan muslihat,
kebaikan dan maksiat,
dunia dan akhirat.

ya, cinta itu hakikat.

*dalam masa yang sama, merindui awak juga adalah hakikat


Monday, 11 April 2011

apa ada hal

hahaha
dapat kad cantik, yayay!

Monday, 4 April 2011

pendedahan pembedahan plastik


perasaan yang sudah dibedah
tanpa kaedah yang ''cukup'' munasabah
ya, mungkin itu tanda resah
berubah? atau cuma mengubah?

ini mandatori
lelah parah aku rebah
seluruh pangkalan hidup yang penuh berdarah
itu yang mampu aku serah,
jangan... jangan berpaling tadah....


*sesekali rasa ini rasa mati tak seperti didalam komik yang penuh ilustrasi imaginasi harungi jalan tanpa sisi,
bear, u know what...

Sunday, 13 March 2011

tercipta satu hujung minggu

sumpah
gila bosan, bosan gila,
nak keluar, transport takda,
nak stay, bosan tahap neraka.

malasnya.

Saturday, 12 March 2011

komplikasi perasaan

sejak dua menjak, rasa celaru sangat,
dengan rasa yang tak sempurna,
oh, kurang sempurna,
rasa takut dengan bayang-bayang sendiri,
nak hadapi realiti, markah exam yang selalu menyeksa diri,


semalam, kesedihan datang lagi,
katanya, ''boleh berakustik'',
realitinya pula ''hanya berminus one, ini mandatori''
ya, aku ''rela'' mengundur diri,
lain kali, sila print poster iklan dengan teliti ya; wahai si penganjur


hari ini, saya masih disini,
bersama semangat, dipinjam daripada rakan-rakan yang masih berdiri

kenapa ye

cakap saya awak langsung tak nak dengar

Sunday, 6 March 2011

pernah tak?

pernah tak kita terfikir,
ada orang yang ;

sangat sayangkan kita
ambil berat pasal kita
selalu doakan yang terbaik untuk kita

tapi, kenapa kita tak pernah sedar...

sibuk gila

minggu yang dipenuhi perkataan ''sibuk''
isnin-kelas dari pagi sampai lewat petang
selasa-seperti diatas
rabu-seperti diatas
khamis-seperti diatas
jumaat-show majlis anugerah dekan
sabtu-show penutupan fiesra


ingat lagi kata-kata en. adnan tadi ''kasi betul2 tune tu''
hahaha, aduhaiiiii

Saturday, 26 February 2011

hidupku hampir musnah


ya, hampir.....
hampir
hampir
wahai kren dan bahan-bahan pemusnah sekalian
jangan musnahkan aku
aku merayu
ibarat rayuan dalam talian
talian yang menghubungkan antara nyawa dan kehidupan
berikan aku ekstra masa
untuk aku rasa, apa itu sisa.

Thursday, 24 February 2011

keluhan, dan ianya bukan paksaan

peace,

semenjak beberapa hari lalu,
kelas semakin lama semakin padat,
pergi kelas sebelum matahari naik,balik lepas matahari turun,
aku rasa aku macam kehilangan life,
''get a life man'',
tapi tak apa, pasti lama kelaman aku akan biasa.

markah kuiz....
agak mengecewakan...
pinjam tisu.... nak nangis =(
hahaha

ahad ini,
ada satu pertandingan,
diharap juri memberi kemenangan,
apahal?

minggu depan!
motor saya bakal menjalani pembedahan kosmetik,
HEHEHEHE

sekian.

Sunday, 13 February 2011

kih kih kih

hari yang penuh dugaan,
tanpa tenaga yang cukup,
menuju ke s. alam,bersesi sekali dua,diri terasa basi.

bila bangun pagi,
aku lambat lagi,
ke ko-ko,aku lali,
aku tak pergi,
lantak apa nak jadi,
paling hebat pun,ulang lagi sekali,budak repeatan,hahaha

selesaikan masalah di Angsana Astakona Kontena,
beratur berjela panjang bebebebebebenar!
dari naik sinar, hingga terbenam berpinar,

makan malam pada 6pm,
jarang aku lakukan,
untuk temani mera emi dan sara,
sanggup mera tunggu tak makan tengah hari,
semata-mata tunggu urusan selesai, terima kasih kawan,
sanggup juga kami tunggu sara habis sesi foto keliling kampus,
sanggup juga aku tunggu nadirahmemberi buku, walhal tandas memanggil perutku.

baju-bajuku, mengapakah anda begitu ramai? mana nak digantung?

malam-malam begini, jiwa semakin kacau,


*Puncak Alam, mari raikan saat yang tak mungkin aku akan lupa.
rakan dan taulan, kalian memberangsangkan!!!

hihihihihihihi

Thursday, 20 January 2011

apabila berada di tempat terpencil

kiri dan kanan adalah hutan,
depan belakang pun sama,
bandar?hanya impian,
sosial?hanya impian,
lepak?tepi hutan
itulah Puncak Alam

awk takkan tau semua ni

awk,sy selalu ingat kat awk
and bila sy nak menulis pun,sy akan tulis pasal awk