Friday, 26 August 2011

kesialan hari ke 26

Beberapa minit lagi waktu berbuka puasa
Dan dalam poket aku cuma ada RM 2
Aku bukan tiada duit
Tapi semua yang berlaku, adalah kesalahan CIMB
ATM semua offline, dan notis tak tahu sampai bila
Aku kelaparan,
Aku cuba memikirkan dengan apa aku nak berbuka nanti

Ditempat kerja, seorang diri
Transport tak ada, jiwa bergelora
Kredit tak ada. Dahaga

Di BSC, dan aku masih mencari, aku lapar
Allah, bantulah aku


Monday, 22 August 2011

Lagu

Ramai tanya bila mahu rilis..
Bila woi bila!

Lepas raya

Saturday, 13 August 2011

selesai!

Proses rakaman sudah selesai
Tinggal mixing dan mastering

Dan tunggu untuk release
Takut...
Harap2 ada yang bagi sokongan
Alhamdulillah

Saturday, 6 August 2011

sabtu disini, di BB, di pusat segala badi

berkeliaran makhluk tuhan yang kelaparan

tanpa segan, berpelukan , walhal ini ramadhan

kelalaian, ''ketidakmaluan'', itulah pegangan

Tuesday, 2 August 2011

apabilanafasakumulasemput

semput
bukan senggugut

kerana satu perkara

RUTIN

rutin akan membuat nafas aku semput

emosional untuk nasional

bila lutut aku mula berfikir
mengenai syawal yang bakal tiba, aku emosional
kerana waktu itu juga mungkin untuk nasional
dan sejujurnya, aku emosional kerana bekerja pada hari nasional
ini tidak rasional

ralat sangat

cerita ini bukan rekaan

Pada masa ini, aku sudah rasakan agak keterlaluan
Dari segi percaturan hidup, perjalanan masa, pergerakan hati, dan sebagainya

Arus pemikiran yang melampau
Jarak pusingan yang melampau
Harga kehidupan yang melampau
Cinta e yang melampau

Monday, 1 August 2011

anti klimaks

perasaan yang selalu datang bila masa tersempit

keadaan terhimpit

jawapan

mengapa kau diam seribu bahasa
mengapa kau diam tanpa makna

lidah kau kelu
tubuh kau berbahasa kaku
hari berganti
dan kata2 kau aku nanti


tahukan kau, inilah waktunya
yang aku tunggu jawapan yang satu
aku sanggup membuang masa disini
hanya untuk sebuah cerita yang aku cipta
hanyutkan aku dalam belenggu ini
E.S