Sunday, 23 October 2011

hari hari

hari hari,
aku melayan kerenah aku
melayan hal aku
aku tak pernah jemu
aku tak pernah letih

hari hari,
aku harus ingati dia
memahami dia
aku tak pernah kesal
aku tak pernah ralat

E



Saturday, 22 October 2011

bukalah minda

baru terbuka fikiran anda
terimalah satu satu idea dan perubahan
bangkangan? itu satu kejayaan, bagi kalian dan aku
halangan? berikan satu isi yang rasional aku perlukan.

jauhilah klise, kerana itu satu kebosanan
bergerak lah ke satu yang baharu
walhal yang baru itu juga adalah;
''kesinambungan daripada yang lama''.

Friday, 21 October 2011

bosannya hari ini

sekian kebosanan melanda

cakekau (catatan kepada kau)

kau
orang yang menang dalam hati ini
setiap masa kau disini
ya, dihati

kau
walaupun kau 'baran' tak menentu
walaupun kau 'elektrik' selalu
aku layan ibarat nyawa sendiri

kau
masa yang berlalu tak akan aku lupakan
setiap detik aku angankan
pasti, setiap nafas aku memerlukan

kau
rasa yang tak aku mati
resah yang aku tak peduli
selalu aku rindui

kau
nyawa aku yang pertama
denyutan nadi aku yang ke-dua
satu dalam sejuta


Monday, 17 October 2011

''Give instruction to a wise man and he will be yet wiser"



Haih, tak tau lah kenapa sejak dua menjak ni jadi macam ni,
aku rindukan tempat ni,
disini, semuanya sejarah,
baik dunia, malaysia, komuniti, sosial, mahupun diri aku sendiri,
tempat yang mengajar aku semua benda,
dari seorang budak menjadi seorang lelaki,
7 tahun, masa yang panjang,
masa menimba yang panjang, untuk bekalan sepanjang hayat.


nyanyi dalam hati je lah...

Let us now with thankfulness
Praise the founders of our School.
Let us now with thankfulness
Praise the founders of our School
For their foresight and devotion,
Some who came across the ocean,
Some Malaysia's own sons,
All true Victorians.

Let us next remember here
All who passed through this our School.
Let us next remember here
All who passed through this our School,
Not one race but one in feeling
For a school to each appealing
That instruction be not all
Nor this School just roof and wall.

Let us lastly pledge ourselves
Ever to uphold our School.
Let us lastly pledge ourselves
Ever to uphold our School.
In our work and in our leisure,
With such zeal and in such measure
That the new Victorians
Match with Old Victorians.
Lyrics by: G. F. Jackson



Dan universiti? ;bukan disini aku belajar dunia, di sini aku ''mempraktikkan'' dunia.


Sunday, 16 October 2011

apa pun tak jadi

hari ini, apa pun tak jadi.
kenapa? kenapa aku dah tak boleh menyanyi?


kenapa.....

Thursday, 6 October 2011

macam tak busy je hari ni?

HEY HEY HEY.!

Tak busy kepala otak kau,
pergi matahari tak naik, balik matahari baru turun,
tapi tak apa,
aku kena usaha keras untuk semester ni,


pergi matahari tak naik, balik bulan dah mengambang pun tak apa!




Tuesday, 4 October 2011

entri jiwa jiwa lagi, tak nak baca pergi la mampus

kesetiaan ialah benda paling rare di dunia yang fana fatamorgana fotosintesis ini.


Aku bukan persoalkan diri aku sendiri, tapi kepada sebilangan manusia di luar sana.

SUSAH SANGAT KE UNTUK SETIA?










aku sayang orang yang aku sayang

kalau aku sakitkan hati kau, maafkan aku
kalau aku buat kau emosional, maafkan aku
kalau aku buat kau sedih, maafkan aku

aku sayang orang yang aku sayang

* melampau jiwang aku ni

Monday, 3 October 2011

kelibat peninggalan

pantas aku helakan,
satu noktah terakhir dalam perbicaraan.
kau, aku, proses, sejarah, memori; yang tak berapa nak indah.

hehe, aku tahu kau susah melupakan,
setiap inci perbualan,
bagi aku, itu cuma membosankan.