Thursday, 8 December 2011

kadangkala itu, semuanya terpaku

terpaku kerana sikap yang tak mahu mengambil tahu
sikap yang dipalu perasaan ego
berlalu, angin lesu itu membelenggu

kehadapan kehidupan yang layu
adakah kau akan tersenyum lagi?

jawapannya, barangkali
jika jalan yang lurus itu ada di kotak akalmu

E

masalah itu mandatori

masalah itu ialah konflik
fahamkan sendiri
sesuatu yang diinginkan tapi tercetus sesuatu yang tidak diinginkan

semalam, dan semalam, dan beberapa semalam

agak lama tak menaip
mungkin banyak benda yang bermain dalam kehidupan yang tak seberapa ini
alasan ini mungkin munasabah

beberapa minggu lepas,
aku dan ''Epilog''
bergilaan di atas pentas MMU Melaka
ternyata apa yang aku idamkan selama ini sedang menuju kejayaan
tak pasti lagi bila kejayaan itu akan tercapai
tapi aku percaya kepada itu

18 disember ini
sekali lagi aku dan ''Epilog'' akan berada di Melaka
patinya, aku menjanjikan yang terbaik untuk fans yang mengharapkan sesuatu yang bertenaga
kepada fans, terima kasih atas sokongan anda
empayar kita baru sahaja bermula
''Kuasa, tenaga, dan gila-gila''

*Epilog- catatan ke-42, Metropolitan