Thursday, 6 September 2012

didepan lepi

sekali lagi
didepan lepi, aku mencari
semuanya dihujung jari,
tapi..
bila didepan lepi, aku mati


Thursday, 3 May 2012

cerita itu cerita palsu

aku perlukan kebenaran dalam satu cerita

melepaskan

melepaskan aku suatu karangan
berjabat tangan apabila berjauhan
sebuah karya agung yang pasti tak mampu orang lain lakukan

kenapa aku

kerana aku memandang sesuatu kebahagiaan terletak pada satu kebahagiaan
biarlah itu satu kesakitan tanpa sesuatu perubatan
tertekan satu hari nanti penuh penyesalan

kerana aku sebuah kehidupan
kerana aku semakin dikafankan
oleh dunia yang tak mampu ada kefahaman

itu aku

Thursday, 19 April 2012

Kan?

kan
kan
kan
bye


Monday, 9 April 2012

ludah mulia

kaki mula melangkah,
perlahan, lepaskan tahan,
tiada alasan untuk diabaikan,
ada sedikit pesanan ;
''wahai kawan, teruskan perjuangan''

dimana ada dunia, disitu ada peperangan,
lupakan persengketaan, boleh jalan itu seruan,
ingat satu, DIA yang satu, penuh KEESAAN

apabila bersemai tanah dibadan,
tiada lagi bantuan, hanya amalan,
punca sesuatu kejayaan,

dan ini bukan picisan




Wednesday, 18 January 2012

Bercakap bila berotak bila berkata

Rantaian maksud agar setiap yang kamu muntahkan itu mampu dijual di pasaran manusia.

muntahkan sesuatu jika kamu berilmu,
berfikir dahulu jika kamu berkata-kata


Terima kasih.

Saturday, 14 January 2012

jam biologi

apabila jam biologi berubah,
maka, seluruh sistem juga berubah

*jangan amalkan tidur sangat lewat

Tuesday, 3 January 2012

kepada epilog, dan epic log

kalian memang awesome
ohsem
dan osemmmm

terima kasih diatas sokongan pada 18 hb disember 2011 lepas
aku, kami dan team epilog akan sentiasa menghargai

nantikan kemunculan single pertama dan kedua kami
beberapa detik lagi,

sekali lagi, terima kasih!!!

''kuasa, tenaga, dan gila-gila''

* catatan ke-42, metropolitan

sesuatu yang kita perlu tahu, abaikan jika tak mahu

kawan, atau kawan-kawan
dengarkan

''sesuatu keterangan di atas kertas itu tidak semestinya menggambarkan apa yang terjadi terhadap sesuatu keterangan di atas kehidupan''

apa yang kita lakukan hari ni, hanyalah ''gambaran'' untuk hari esok.
hidup ini, suatu pencarian, ''bukannya satu pencarian''
banyak, terlalu banyak yang kita cari
kebebasan, ketelusan, kebahagiaan, dan pelbagai perkataan mengandungi 'an' lagi

''aku berkata-kata berdasarkan cebisan''
ya, cebisan pengalaman daripada pemerhatian yang aku tumpukan




ini gambaran, dan bukanlah kenyataan

*seruan semakin tiba, aku mulai pengsan.