Tuesday, 3 December 2013

pasir di pantai, bintang di langit

seringkali, itulah aku
salah satu daripada objek yang halus, tulus hidup disini
ibarat pepasir di pantai, bintang di langit

memerhatikan matahari tanpa jemu
begitu hidupku tak ada rasa malu
biarpun aku tahu, aku bisu

terdampar aku di bentangan yang luas
matiku juga di bentangan yang luas

di depan aku ada kamu, di depan kamu tiada AKU.


Saturday, 30 November 2013

sesuatu dibelakangi sesuatu dibelakang

kadangkala, kehidupan itu sendiri terjerat dengan sesuatu
yang kadangkala tak pernah diluah

kadangkala, hari yang dihadapi diekori bayang semalam
yang kadangkala tak pernah lekang

kadangkala, pentas realiti hanya dianggap fantasi
yang kadangkala pernah disedari tapi tak mampu dijalani

kadangkala, enigma yang lahir hanyalah permainan diri sendiri
yang kadangkala tak pernah diakhiri

kadangkala, tersembunyi sesuatu disebalik sesuatu yang tersembunyi

Monday, 14 October 2013

getaran

bergetar,
dua entiti berlanggar,
tercipta satu getaran,
yang aku sendiri tak pasti,

di sanggar ini aku bersandar,
masih disini, melewati hari realiti,
segar, takkan pudar suara ini.

menanti, selagi aku masih sedar.


Sunday, 13 October 2013

sayap berwayar

perlumbaan dunia yang semakin sengit
manusia; mamalia berakal, hilang akal, sempit akal
apa guna menunggu jika tidak mengejar
apa guna mengejar jika tidak ditunggu,

aku pun begitu.

Kembalikan

Kembalikan aku semangat itu
Biarpun layu ditelan usia, dicemburui masa

Kembalikan aku kenangan itu
Agar mampu aku untuk menoleh setiap realiti silam

Kembalikan aku nyawa itu
Semoga aku bisa terbang, tanpa menagih bayang-bayang semalam

Tuesday, 14 May 2013

kerana

selamat kembali menari di atas papan kekunci
hampir 8 bulan menyepi
kini tiba masa jari mula bernyanyi

rindu ku terhadap penulisan
menulis tanpa batasan
selagi norma tak ku persetankan