Monday, 14 October 2013

getaran

bergetar,
dua entiti berlanggar,
tercipta satu getaran,
yang aku sendiri tak pasti,

di sanggar ini aku bersandar,
masih disini, melewati hari realiti,
segar, takkan pudar suara ini.

menanti, selagi aku masih sedar.


Sunday, 13 October 2013

sayap berwayar

perlumbaan dunia yang semakin sengit
manusia; mamalia berakal, hilang akal, sempit akal
apa guna menunggu jika tidak mengejar
apa guna mengejar jika tidak ditunggu,

aku pun begitu.

Kembalikan

Kembalikan aku semangat itu
Biarpun layu ditelan usia, dicemburui masa

Kembalikan aku kenangan itu
Agar mampu aku untuk menoleh setiap realiti silam

Kembalikan aku nyawa itu
Semoga aku bisa terbang, tanpa menagih bayang-bayang semalam