Thursday, 27 March 2014

Kepada-Nya

Mencuba, dan terus
Aku mati dalam hidup
Walau berganti cahaya hari
Tak seinci aku berlari

Menanti, dan terus disini
Hingga saat nafas berhenti
Biar masa memberi
Satu titik terakhir

Selamatkan aku daripada derita ini,
Kelak mati menyepi
Kelak hidup menyendiri
Berikan aku satu kekuatan
Berikan aku satu pengisian

Aku mampu, aku mampu, aku mampu
Tak termampu tanpamu, tanpa-Nya

Monday, 24 March 2014

Malas

Seringkali tak terdaya untuk menghadapi,
Tak pasti, yang ada hanya saki-baki

Terbang, lupa sayap di bawah
Maka izinkan aku terbang guna cinta

E

Friday, 21 March 2014

Kemampuan

Tak termampu untuk menanggung segalanya,
Corak-corak berbisa senantiasa melingkari jalan hidup,
Penawar aku hilang, terperangkap dalam memori semalam.

Ekstasi yang melanda diri tak dapat aku lepaskan,
Tatkala aku bersendiri tanpa kamu,
Lemparkan aku ditepi api ditemani singkapan semalam
agar aku bisa menari dalam kepayahan.

Kau yang terutama, sukar untuk aku belakangkan,
Kau yang pertama, sukar untuk aku akhirkan,
Kau ada dimana-mana, sukar untuk aku menidakkan,
Kau dalam jiwa, hidup tiada bernyawa.

Kau mimpi yang sentiasa hadir dalam tidur,
Mampukah aku lena kembali?
Mampukah aku terjaga dengan seri?
Tidak.



Sehening pagi

Pabila pagi menjelma,
Apa yang aku nantikan hanyalah dinihari,
Pagi-pagi ku yang sukar diterima,
Apa agaknya yang berlaku diseratanya.

Hanya mampu aku berdoa,
Tatkala genggaman melepaskan,
Cuba aku bertahan, tetapnya ia berjalan,
Yang mana aku mungkin terkilan.

Metafora yang aku laungkan,
Kini tak lagi bermakna,
Walhal aku cuba perjuangkan,
Setiap inci, sebaris garisan, sepanjang perjalanan.

Aku, terbuai dalam kelukaan yang tiada sempadan,
Yang hanya mampu aku lafazkan,
Hanya satu,


Ini bukan mainan, bukan gurauan,
Aku berdiri di sehening pagi yang tak keruan.

Thursday, 20 March 2014

Buat adik

Terima kasih atas dorongan,
Yang tak pernah memutuskan, waima menidakkan,
Yang terlintas dari satu talian yang tak tersangka,
Yang memintas sebuah kejatuhan,

Terima kasih

Wednesday, 19 March 2014

Sa-bulan dari sekarang

Satu bulan dari sekarang, dimana langkahku tercapai?
Merangkak berundur atau berlari kehadapan?
Retak, biar tinggal belah, supaya mampu aku cantumkan,
Mampukah aku leraikan, mampukah aku titipkan.

Kebuntuan yang tak menjengah jalan,
Relakan aku memaksa diri ini,
Menyiapkan bait rasa yang tergantung di tengah jalan,
Walau aku senyum gila.

Dimana langkah ku akan terhenti satu bulan dari sekarang.



Tuesday, 18 March 2014

Satu

Mungkinkah beberapa tahun kebelakangan ini, aku cuma dibuai oleh rasa yang aku sendiri tak dapat jangka akan berlaku. Destini yang aku harapkan, begitu pantas meninggalkan jejak yang semakin samar. Andai aku dapat berpatah ke masa silam, ingin saja aku perbaiki segala silap dan kata-kata.

Hanyut, aku bawa arus ke mana sahaja ingin aku rasa. Tapi denyut nadi aku berkata, walau aku dipukul ombak pilu ini, destinasiku hanya satu, pada mu. Mungkin kau takkan pernah mengerti tentang kewujudan aku yang saban waktu di situ.

Kau, segala pendam aku lepaskan, hanya untuk menjinjing sebuah perasaan sayang yang aku zahirkan. Biarkanlah kepedihan ini bertapak. Walau segalanya musnah, namun takkan aku melupakan jejak-jejak kau bersamaku, jejak cinta yang tak pernah luput, dalam hati aku.

Wednesday, 12 March 2014

Malas

Seringkali berbicara tentang jiwa-jiwa, ah bosan. Apakah hidup ini cuma untuk melayan perasaan?. Ya dan juga tidak, bagi sesetengah insan. Aku, lena dan terjaga antara jiwa dan realiti.
Walaupun jiwa, cinta, rasa, atau ketiga-tiganya itu boleh dikatakan makanan hati, tapi aku memilih untuk meracuni hati sekali-sekala. Apa benar cinta itu infiniti? Terpulang, dengan cara kita mengolah perjalannya.

Sangat dusta jika aku katakan aku tak mempunyai cinta. Aku disemai oleh benih cinta, tidakkah aku hidup atas nama cinta?. Walaubagaimanapun, biarlah cinta aku rahsia. Tak tertulis oleh tinta, tak terbayang oleh khayalan.

Dalam cinta, ada segalanya. Implikasinya hanyalah cara kita menggerakkannya dan menerimanya. Wallahualam.