Friday, 11 April 2014

Apa entah

Melalui saat-saat sukar ini, tak dapat nak bayang dengan renungan mata.
Entah apa-apa yang dirasa, seolah hilang punca,
Walhal, semakin bergunung inspirasi,
Kita tak sedar, sesuatu yang berlaku ada intipatinya tersendiri,
Yang cuma sekarang kita kurang pasti,
Mengapa? kerana kita kurang mengerti perjalanan kehidupan yang sunyi,
Cubalah, bangun, lawan kembali apa yang diberi,
Simpan dan cekalkan dalam hati, "INI BUKAN MIMPI"

Tuhan sentiasa memerhati,
Dia tak pernah lupa, kerana Dia abadi,
Ada lah sesuatu yang menanti kita,
Tak perlu tunggu, masa akan berhenti,
Destinasi seterusnya tak jauh mana,
Jangan kalut dengan itu ini sehingga lupa Illahi,


Kelak, diri mati, dunia terhenti, neraka menanti, syurga melambai pergi.
Hikayat diri, dunia, neraka dan syurga


*Penulisan picisan

Wednesday, 2 April 2014

Saja nak cakap

Nak cakap,

Dalam kehidupan, tak perlu lah nak berbangga dengan apa yang kita punya. Cukuplah simpanan dalam diri sendiri. Cuba toleh ke belakang seketika, lihat, apa yang kita cari selama kita bernafas? Apakah yang kita cari itu satu/suatu keredhaan? 

Sekarang, lihat pula masa ini. Apakah yang kita buat ini berbaloi untuk hidup dan mati? Soalnya, perlukah kita nak membentang segala jenis ideology. Carut terapi.

Walau kita tak mampu untuk meramal masa depan, tapi kita dianugerahkan akal, salah satunya untuk merancang. Lihat pula, apa implikasi yang bakal lahir atas perlakuan selepas dan semasa kita. Negatif atau positif, keduanya lahir atas perlakuan sebenar kita, sama ada sedar, separuh sedar, atau lupa. 

Yang segelintir pula, terlalu cepat membuat rumusan dan meletakkan kepercayaan atas apa yang dibaca/dikongsi. Mata itu kurnia-Nya, apatah lagi akal. Gunakan untuk memproses, bukan memprotes. Gunakan untuk menilai, bukan menghukum. Terima-kaji-rujuk-kaji-sampai pasti. Akal itu besar kapasitinya, saya tak tipu.


*Ini cuma tulisan picisan, maaf.