Friday, 13 November 2015

Jangan mal

Aku macam ada satu rasa
Yang aku sepatutnya kena pergi
Ya Allah.
Kuatkanlah aku

Friday, 6 November 2015

Teringat

Awak, dulu-dulu, tak pernah lupa. 


Sunday, 11 October 2015

Tempat

Aku sedar aku siapa

Perisai-perisai tak kuat

Dalam lautan dosa
Lemas
Manusia, khilaf sentiasa
Dan aku masih cuba
Untuk membetulkan segala kata
Mencantumkan segala silang-kata
Menjawab semua teka-teki

Terkadang sesat
Ikut sangat arah dunia
Tapi nak buat macam mana
Walhal peta dalam tangan
Aku masih hilang panduan

Hati seolah mengorbit fikiran
Belenggu yang entah kenapa
Tiba-tiba
Rasa macam dahan hilang
Mana nak berpaut
Berimaginasi pula ada sayap
Gila

Runsing
Betul-betul punya runsing
Seolah dunia berputar salah arah
Dan aku melawan arah
Walau aku tahu aku kalah

Tuhan, aku tak nak kalah





Friday, 9 October 2015

Diam

Diam
Campak prosa
Buang lisan
Tutup telinga
Noktah. Simpan koma

Kehabisan tinta

Jelas 
Partikel ini sudah malas
Deru bayu bawa gusar
Mahu membidas
Maju sekilas
Tak diam tak bising
Hati runsing
Atas bawah sama
Kiri kanan sama
Dirantai sebuah rasa
Diri tak ke mana
Cuma jiwa entah ke mana

Produk yang lahir daripada satelit ini
Tak boleh duga
Biarlah orbit ini satu
Walau penuh satu buku
Tak aku lupa mana mula
Tak aku abai mana akhir



Tuesday, 6 October 2015

Tak tipu

Kalau dapat
Betul-betul aku pergi senyap-senyap
Tak siapa dapat tahu
Tak siapa dapat hidu

Saturday, 3 October 2015

Pamit

Rindu
Datang seperti angin
Dari arah yang hilang
Boleh buat aku terbang
Lintasi bimaksakti
Khayal tapi sedar
Dalam cerita-cerita semalam
Hingga aku boleh tumbang


Tuesday, 22 September 2015

Kognitif

Resah 
Aku capai kembali teks lama
Aku baca
Seperti biasa imaginasi bermula
Rutin hari-hari
Jangan kata aku gila
Kerana aku tahu memang gila
Hebat betul rasa yang menguasai
Sehingga siang malam tak dapat aku beza

Secara realitinya aku cuba neutralkan rasa
Cuba dan terus cuba
Jauh dari mata, yang tak terpampang dalam bentangan visual

*garis rindu




Sunday, 20 September 2015

Helaian

Rindu itu bukan gratis
Tak terlukis walau kertas sebesar langit
Helaian tak terkira
Satu deria makin tercedera

Sisi hancur
Isi lebur
Jikalau aku nombor
Sudah tentu yang tercorot

Tak pernah habis




Saturday, 19 September 2015

Tuhan tak pernah berat sebelah

Ingat
Dia maha segalanya
Segala adalah hak-Nya

Mungkin kita lupa
Bahagia selalu dirasa walau masih leka
Kemudian hari, Dia boleh mengambil semula bila-bila masa

Tuhan 
Aku mudah lupa
Aku insan hina

Kuatkan hati ini
Agar tak melupakan Mu
Walau sedetik

Jika sekalipun perjalanan hidup ini pahit
Matikan aku dalam khusnul khotimah
Lelapkan aku dalam menyebut nama Mu

Jiwa ini terlalu berat menanggung fatamorgana
Bangkitkan aku 

Tuhan
Jadikan nafas terakhir aku dalam senyuman


Walau aku tak pernah layak untuk syurga Mu



Friday, 18 September 2015

Selamat tinggal dunia

Dan aku mula melangkah
Diam


Sunday, 13 September 2015

Dan hanya tuhan sahaja tahu

Seringkali aku bertanya
Apakah aku gila
Gila untuk setiap lukisan dan nukilan
Yang telah aku siapkan
Juga yang masih dalam pembinaan

Ada juga masa aku berfikir
Bolehkah aku?
Untuk semua perjalanan yang aku lalu
Dari awal hingga masa hadapan

Aku juga tahu

Yang hanya tuhan sahaja yang tahu







Wednesday, 9 September 2015

Hujung waktu

Aku merasa getaran
Dalam mencipta satu destini
Gerak ini lemah

Semakin aku ringkaskan
Semakin itulah pusaran menjadi rumit
Tuhan, aku keletihan

Mengira hari-hari untuk aku pergi
Dalam diam, hilangkan diri
Tapi benarkah langkah aku?

Mengira bait-bait frasa hadapan
Mampukah aku bertahan?
Tak, aku akan mati perlahan-lahan

Tak mengapa
Kerana tak ada siapa pun yang peduli







Monday, 7 September 2015

Aku tahu tapi pura-pura bodoh

Sedalam teras bumi
Lagi dalam bacaan hati

Seluas angkasa
Lagi luas fikiran melayang

Teorinya satu saja
Subjeknya cuma aku

Aku tahu
Tapi aku cuba tak tahu

Monumen tak pernah berganjak
Pusing berbalik
Masih sama
Satu lintasan yang aku nak
Cuma sialnya, aku tak kuat

Lelah, air mata keluar
Jauh daripada dunia, kepala aku berputar
Aku lap titisan
Lagi keluar
Apakah benar aku masih menangis
Lagi, ia menitis

Fitrah manusia walau sekuat mana

Lagi sekali, aku menangis


Ya, ini aku

Bila

Kau

Cuma


Satu pasu buruk

Dalam sebuah taman
Depan longkang pecah
Belakang tembok berlumut

Hodoh
Tak ada guna
Tak bermanfaat


Dan

Kau sendiri rasa kau tak diperlukan sesiapa


Tapi 




Kau masih disitu





Monday, 31 August 2015

Dalam satu saat

Satu petikan
Satu kelipan

Aku tahu
Aku tak sepenting satu kerlipan
Tak semustahak yang selalu aku imaginasikan

Aku juga tahu
Dalam sakit dunia
Ada lagi sakit yang tak terluah
Mana aku nak muntahkan hujah
Jalan yang tak ada pembahagi
Lalu aku lumpuh
Dalam sekatan yang tak diketahui
Juga tak mampu aku patahkan

Mungkin
Aku cuma bayang-bayang
Lahir belakang cahaya
Hilang dalam terang
Antara satu contoh
Sinonim yang tak keterlaluan

Tempias sebuah ekstasi 
Syok sendiri
Aku lupa diri

Lupa juga yang aku bukan apa-apa
Malahan lupa aku bukan siapa-siapa




Friday, 28 August 2015

Kalau aku tak ada

Kalau aku tak ada nanti
Aku cuma nak kau tahu
Nama kau selalu aku buaikan
Dalam terjaga dan lelap
Setiap doa yang ditadah
Tak pernah aku lupa
Tak pernah hilang

Kalau aku tak ada esok
Aku cuma nak kau jaga diri
Dunia bukan semudah ABC
Juga bukan sesusah emc2
Hati-hati kalau berapi
Ingat diri bila senyum
Jangan hilang timbang

Kalau satu hati nanti aku pergi menghadap Illahi
Lebih awal dari yang dinanti
Jangan risau
Semua untuk kau aku sudah siapkan
Yang mana aku termampu
Sebab aku janji
Aku akan jaga kau sampai bila-bila

Janji yang tak pernah aku lupa

E



Tuesday, 11 August 2015

Cuba mengira digit dan aksara

Esok masih dalam anggapan
Tak pasti kalau masih ada harapan
Hujan boleh turun di gurun
Inikan pula roda hidup yang tak tentu
Risaukan hati?
Aku ada di sini sampai bila-bila

Selepas semua yang jadi
Hari semalam dan yang bakal digenggam
Esok pula aku akan teliti
Rasanya aku mampu nak memberi
Walau impaknya aku menghadap mati
Andaikan saja aku tak pernah wujud
Niat itu paling mustahak
Yang bila aku kata aku janji.

Tak akan akan aku tabur janji, biarlah aku katakan kepada diri sendiri. Itu sudah memadai.



Dunia semain petak

Keterlaluankah untuk aku rasa bimbang
Tentang dunia yang makin mencengkam
Definisi kejam yang mereka sinonimkan dengan keamanan
Tertangguh pelbagai kebaikan
Diluluskan segala kejahilan
Teori-teori dangkal yang kerap dijadikan perisai
Masih adakah ruang untuk aku berjalan di taman?

Sunyi walau mesti
Beduk berbunyi lima kali sehari
Makin ramai tak peduli
Yang tinggal cuma yang masih percaya
Yang abaikan cuma yang masih terlena
Aku takutkan segala yang bermain dikepala
Masih adakah cahaya untuk kita bermandi
Masih adakah bayu untuk kita rasai

Sempatkah pula untuk kita mengingati tatkala nafas terakhir






Sunday, 9 August 2015

Mak kata

Mak kata
Cari duit banyak
Jangan malas-malas
Satu hari nak menaggung anak orang
"Kau kena bagi dia senang", mak kata

Mak kata
Solat jangan tinggal
Tiang kena kuat
Disiplin sujud pada tuhan
Kalau tak, jangan berangan

Mak kata
Hati jadi lelaki 
Tolak ansur penting
Jangan buat musuh
Guna akal dengan betul

Mak kata
Mak tak pernah halang apa-apa
Doa mak sentiasa ada
Yang baik mak sokong
Yang kurang mak tolong

Mak, abang chi ingat kata-kata mak sampai bila-bila. 




Saturday, 8 August 2015

Perhatikan

Bunga bintang bulan langit cakerawala 
Galaksi dunia jiwa planet not getar isyarat siput ikan ayam kambing rumput air
Blablablablabla

Ah, aku malas menulis hari ini
Cukup tak sekadar aku katakan yang..


Aku senyum!

Friday, 7 August 2015

Kadang-kadang

Ada satu-satu masa
Aku sedar diri
Aku tahu mana aku berdiri
Aku cuma menumpang
Aku sentiasa di bawah
Aku sentiasa menjadi bukan pertama

:(

Bendera separuh tiang

Apakah aku
Berani untuk menarik
Satu bendera
Yang kini sudah separuh tiang

Yang geraknya tak bergaya
Tepinya sudah dimakan angin
Warnanya masih berjalin
Ketawakan aku, silakan

Tuhan
Mampukah aku?

Thursday, 6 August 2015

Terdiam dalam telanjang

Tak bergerak
Untuk tangan ini
Menulis
Menaip
Melukis
Melakar

Apatah lagi nak aku bakar satu per satu aksara yang bermain depan mata

Aku tak mampu

Rasional
Aku sedar aku bukan siapa-siapa
Apa yang ada cuma apa yang masih ada
Kedudukan dan darjah aku yang tak seberapa

Menampar air di laut
Sakit, apa yang bergema tak sampai nisbah yang diminta

Terlalu banyak perkara
Ini komprehensif?
Atau cuma kolektif sendiri?
Tak pun sekadar aku defensif atas topik yang aku takuti?

Dan dalam detik ini, aku masih cuba


Tuesday, 4 August 2015

Menggigil

Pusingkan balik 
Di luar, ada belakang
Adakah ini mimpi
Lalu aku ambil kata putus
Untuk menyertai 

Memanggil
Adakah kau sanggup
Untuk tunggu aku
Atau keterbiasaan untuk aku 

Jangan lalu jalan itu
Adakah kau sanggup
Untuk tunggu aku
Dan pastikan ia tak berlalu

Mendengar di tepi
Lebih baik aku memanggil kau
Lama dan terlalu
Tapi aku sanggup tunggu

Bangun, buka tingkap
Dengarkan semua yang bagus
Bersiap, melompat
Dengarkan yang indah

Aku tak bosan mendengar lagu yang lama
Aku tak bosan menyanyi lagu yang lama

Kerana kau, sentiasa baru

Dan aku, masih di titik perpuluhan kosong
Aku tak akan bosan

I love you 
E.S.

3 Ogos 2015


Monday, 3 August 2015

Draf lagi

Sampai bila nak aku simpan
Draf-draf lama yang berhabuk
Aku tak tahu, sumpah
Bila aku patut luahkan?
Atau biarkan saja dalam hati
Atau luahkan, biarpun reaksi negatif bakal aku terima
Atau draf ini aku patut arkibkan saja dalam angan-angan

Atau pun sebenarnya...

Semua plot yang terjadi
Aku syok sendiri?
Pusing-pusing, banyak persepsi yang naik
Apa semua aku pun dah tak tahu nak rungkai

Atau

Memang aku yang syok sendiri

Atau

Memang aku yang syok sendiri

Atau

Mimpi ini memang tak pasti


Sunday, 2 August 2015

Mimpi

"Mimpi itu percuma"
"Mimpi itu tak pernah membunuh cita-cita manusia"

Aku terkesan dengan dua frasa
Gunanya untuk sentiasa di awan
Apa aku tak ada harapan?
Aku sendiri tak pasti
Aku selalu cuba
Ada masa yang aku sendiri mati
Satu yang menolak belakang aku
"Kau kena percaya"

Aku bangun lawan diri sendiri
Orang kata, lawan diri sendiri dahulu

Saturday, 1 August 2015

Jangan lupa

Aku ada
Untuk setiap ketika yang berdetik
Untuk setiap angin yang membantai
Untuk setiap laluan yang tak berhujung

Walau sampai nafas aku perlu diberi
Halusinasi patut aku jana
Untuk kau

Semuanya
Aku tak janji tinggi- tinggi macam pari-pari gigi
Yang aku sumpah, kau akan sentiasa disisi aku

Sampai terputus dunia



Perbandingan

Manusia
Tak lari daripada membanding akan satu hal dengan satu yang lain

Selalu saja nak bertanding
Kalau kalah, tak nak berpaling

Segelintir

Juga ada yang sunyi
Tipu lah kalau tak menghakimi
Cuma simpannya di hati-di buang-tolak tepi
Pegangnya prinsip hanya Dia yang maha menghakimi

Walau apa yang beza
Pelengkap itu selalu ada
Kurnia dari Nya
Untuk kita saksama sesama insan

Darjat dan pangkat bukan harta untuk kau ke syurga
Ini bukan aku yang kata
Ini titah daripada Yang Esa. 





Friday, 31 July 2015

Tak ada tajuk

I love you
Tapi saya tak tahu nak express macam mana.

Monday, 13 July 2015

Tak sampai

Macam baru semalam kita jumpa
Singkat namun bermakna
Tapi tak mengapa
Setiap jasa aku kenang
Bulan depan aku jumpa yang baru
Sebagai pengganti untuk di tangan
Peneman berlari
Kompas kehidupan
Ya, tunggu 
Selamat tinggal jam!
Ketemu yang baru nanti!
Moga kau tenang walau di tangan sesiapa pun

Thursday, 9 July 2015

Terbuai

Kadang aku sedar aku diperut bumi
Kadang pula aku sedar aku dibuai zuhal

Apa
Naik turun aku tak boleh kawal
Sentiasa aku berubah
Aku terbuai atas ke bawah
Masih aku akur akan tali harapan
Yang pasti beri jawapan

Tak senang dengan semua
Aku cuba meluah
Tapi ada mendendam
Satu rasa yang kelam suram gemilang

Cuma
Ada seperkara yang buat aku masih disini
"Percaya"
Kerana aku tahu itu kuasa Nya
Dan aku percaya
Seperti tahu bintang pasti tiba
Walau diselindungi awan 




Friday, 3 July 2015

Tanda

Macam-macam kita nak
Tapi macam-macam kah yang kita dapat

Ada rezeki kita memberi
Macam awan muntahkan hujan
Hidup perlu menerima seadanya
Macam tanah hauskan hujan

Kita sasar sepuluh
Mungkin satu yang kena
Digit tak pernah kira
Makna tertera itu punca

Pangkalnya sujud
Usah risau
Dunia masih berputar
Hari esok yang kita tak pasti
Hari semalam tinggal memori
Hari ini masih dijalani
Penting, kau masih sedar diri

Tuhan tak pernah melupakan
Tanya diri, siapa sering terlupa?

Antara pendosa dan pencinta

Wednesday, 1 July 2015

Terbayang

Punca tak selalu
Tiba-tiba melayang
Satu bayang
Tak lebih dalam satu hakikat
Yang kau tahu
Aku lagi tahu

Hujung yang tak terputus
Sempadan yang tak berpagar
Nadi yang selalu lari
Relatif antara memori dan kini
Buat aku makin lari
Satu kaki langkah depan
Satu kaki langkah belakang
Badan terdiam
Hati aku terbang
Otak aku stabil
Dalam nyanyian semalam
Barangkali siulan hari ini
Boleh matikan sekejap rasa 
Tak sampai berapa ketika
Cahaya muncul semula

Terhalang oleh apa pun aku tak tahu
Jenama cinta yang mahal
Bukan gred replika 
Itu aku, harapnya

Esok pasti tiba
Tak perlu tunggu
Hitung seberapa mungkin
Idea rakus aku

Tak pasti bila
Tapi tak akan berakhir

Monday, 29 June 2015

Seandainya

Cubalah 
Mampukah aku cuci dosa
Yang kering yang basah
Ketika aku mula tahu bersujud
Yang mana selama aku jahil
Aku lupa bersyukur

Tak terkira dosa
Di timbang guna neraca
Pasti beratnya lebih daripada satu dunia
Bolehkah aku ringankan
Jadi macam zarah

Minta-minta
Aku belum lambat
Sejak tiupan wisel kehidupan mula
Aku lewat
Aku lupa
Aku sengaja buat lewat
Aku buat-buat lupa



Thursday, 25 June 2015

Balada semalam

Masih terasa panas
Cerita hari itu
Ala, pagi

Waktu dan ingatan 
Yang tak aku lupakan
Yang mana cuma angan sebelum tidur

Angan tak aku sangka tukar realiti

Benar
Aku masih pejam mata
Lewati masa lalu
Yang memorinya aku simpan
Dalam storan yang aku seorang saja tahu






Wednesday, 24 June 2015

Ubah

Tak pernah menyangka
Kadang ada kadang lupa
Secara tak langsung
Muncul

Tak aku duga
Senyum boleh diukir bila-bila
Asalkan tak ada yang mengungkit
Bangkitkan teori sayang

Apa kau rasa?
Aku tahu ada 

Macam aku
Senyum sentiasa
September bakal tiba

Kira lah. 

Ingatan

Rasa ini tak pernah mati
Aku janji

Hinggap dalam hati
Sampai bila-bila

Jerat ini bukan belenggu
Cinta ini bukan tipu

Saturday, 20 June 2015

Menarik malam, menggenggam siang

Bintang
Kira sampai sejuta
Pun tak terkira lebihnya
Apatah lagi nak aku teka
Susur galur buruj yang leka
Sesudah pula angin bawa awan
Mata tumpul seketika
Mana bulan?
Satu yang sering di duga
Lupa, itu lah cahaya
Sumber yang nyata

Tersimpan trilion partikel
Juga tak mampu di tawan

Rumit bercampur kompleks
Kadang terfikir mudah dilerai
Kadang tertanya, susah dicapai


Tuesday, 16 June 2015

Maaf

Maaf, 
16 Jun 2015
Malam
Tak dapat menyaksikan
Saya datang
Tapi dalam hati
Rasa tak mampu hadap

Pusing-pusing
Suara awak dalam kepala

New Camp
Ya, saya sampai sana

Apa benda saya nak buat
Anti-sosial

Tapi itu perlawanan yang hebat
Daripada cerita-cerita mereka

Malam ini
Saya rasa
Patut letak satu tanda
Perlu kah saya berhenti mencuba?
Di mulut boleh
Di hati tidak

Oh perasaan
Mungkin ini terlalu jiwa-jiwa

Oh E





Wednesday, 10 June 2015

Tempat

Tentang satu masa
Kalau kau percaya
Yang kalau kau sedar
Kau kejar dunia
Tempat tak terkira 
Atas bawah manusia kiri kanan semua sama
Itu yang kau rasa
Walhal dunia itu beza
Yang sama cuma tempat tinggal
Bila nyawa kau sudah tiada
Bila kau dengar orang cerita
Pasal kau dan dia dan semua
Masa yang kau tahu tak akan muncul lagi

Masa yang kau tahu
Manusia semuanya sama



Ada dalam tiada

Akan tiba satu masa
Detik itu berhenti
Masihkah ada ruang
Bagi aku untuk memohon ampun

Aku tak pasti berapa besar pahala ini
Yang aku pasti dosa ini terlalu banyak
Sempatkah aku menyusun hati ikhlas
Andai kata lagi seminit aku akan pergi
Selamanya



Tuesday, 9 June 2015

Yang terdunia

"Yang baik tercipta untuk yang baik"

Frasa yang aku keliru
Campur sikit rasa dilemma

Mampu aku nak dapat?
Sedangkan diri penuh sifat jahat

Ya, manusia semua baik
Kejahatan itu bersebab

Tapi
Baik tak baik
Aku mengejar kau
Kerana aku yakin
Kau terbaik yang pernah aku zahirkan
Yang terdunia dalam galaksi hati

Doa dan harapan
Tak pernah putus dalam nafas aku

E


Wednesday, 3 June 2015

Mana tak kenang

Garis masa
Langsung tak dapat pisahkan
Masa, acara dan perspektif
Pusing, depan atau statik
Semua masih sama

Satu institusi
Satu rasa
Satu inspirasi
Satu mula

Artifak yang dikongsi
Tak pernah mati
Di ruang ini semuanya bermain
Dan tak hilang resmi 

Kerana apa?
Kerana kami bukan SMK taman perumahan daerah kawasan

*VI






Moga selamanya bahagia

Jatuh bangun 
Kita sama
Di samping lain-lain
Kita tetap hidup

Dari awal hingga kini
Tak terputus tali yang disulam
Masih teguh walau selalu disentuh
Tak pernah runtuh roboh

Seribu seteru muncul
Hadap walau tinggal seketul

Itu sahabat
Izin tuhan kita selamanya
Moga bahagia sampai bila-bila



Tuesday, 2 June 2015

Tentang dia, aku, dan acara

Jika
Esok masih ada

Maka
Percaya itu akan ada

Aku

Tak pernah lupa
Apatah lagi membuang
Cukup aku disini
Alunkan satu melodi
Yang kau tak akan dengar

Biar samar
Aku teguh
Walau aku tak dapat di dunia
Aku cuba dapatkan di akhirat

Kerana aku mula percaya
Kau yang satu





Thursday, 28 May 2015

Rumusan terakhir

Entah apa lah
Aku cari satu perkataan
Paling tidak pun satu frasa
Supaya dapat buat satu konklusi
Tentang apa yg sedia ada

Banyak 
Tak tertanggung beban
Beban hati mulut fizikal rohani
Ada yang nak dibuat
Diluah
Dipekik
Dirasa
Diminta

Tolong
Rumuskan kesemuanya
Agar aku masih boleh leka
Dalam mainan bayang aku
Agar aku boleh lunas
Tentang dia juga dia juga dia juga mereka
Juga aku

Juga dunia
Yang makin huru-hara



Monday, 25 May 2015

Gigihnya

Aku tak minta-minta
Jauh sekali menadah

Cuma
Aku pasang harapan
Tak tinggi
Tapi cukuplah untuk satu bahagia

Betul
Aku akan tunggu
Depan pintu syurga
Jika di dunia aku kalah

Aku tak tipu
Aku boleh tunggu

Walau aku sedar

Sunday, 24 May 2015

Momentum

Terbalik
Betul punya naik
Nak capai semula memang susah
Bandul yang aku ayun kian perlahan

Tapi

Masih bergerak
Sikit
Selingkuh dalam akal itu punca
Ah, lewah
Ah, bosan

Fungsi hati aku tetap sama
Rutin aku tak pernah beza
Cuma masa yang kadang leka

Terajang lah betul-betul!
Bukan sorok simpan 
Mula bosan jawabnya hilang



Wednesday, 20 May 2015

5 19

Tak ada pelangi nak aku persembahkan
Yang wujud cuma secebis kain
Boleh aku warnakan
Kalau kau nak berkongsi

Tak ada bulan bintang aku janjikan
Yang indah itu akan tiba
Dalam dakapan aku jaga
Kalau kau nak terima

Esok aku pasti
Semalam itu janji

Esok itu realiti
Semalam aku mimpi

Esok 
Semalam

E
S

Sunday, 17 May 2015

Peluang

Satu terbuka jika ada ruang
Bahagikan satu masa untuk otak bekerja
Pasti tercetus satu benda
Paling kurang pun cuma angan-angan

Tak mengapa

Angan yang dicipta akan membuka jalan
Untuk impian yang bakal kenyataan
Tak susah
Usaha dan berserah

Terlintas aku terfikir
Ini juga buat kau dan kau dan kau
Milikan bersama
Walau ia masih angan-angan


Thursday, 14 May 2015

Lewati masa

Kemudian datang seorang manusia
Dia baru sedar selama lewat lapan tahun
Cuma kau yang dia cinta

Rahsia
Ada juga pernah dia cerita
Pusingan sahabat baiknya sahaja
Selebihnya?
Rahsia dalam enigma

Dia tahu kau tahu
Tapi dia tak akan beri tahu
Cukup sekadar dia tengok kau senyum
Dia harap senyum itu ada 1% untuk dia
Jadi lah

2007
Dia terpandang kau depan Masjid Jamek
Biasa budak sekolah laki
Dia bisik dalam hati
"Oh, tak mungkin kita dapat bersemuka apatah lagi berkata-kata"

2008
Segalanya mula
Tembakan dilepas

Dan sehingga

2015
Tak pernah berhenti

Baki tahun dahulunya
Aku bersama kebodohan diri
Yang tak ada sempadan
Aku diam mengecil di daerah terpencil

Kini
Semua mimpi makin lahir
Aku tadah tangan minta ia tak berakhir

Pasang surut
Ya, ini cinta mutakhir. 

E

*nanti lagi dua tiga hari kalau aku terpandang semula ini entri, mesti aku muntah




Wednesday, 13 May 2015

Aku ada

Dan tak semena,

Hari biasa bertukar luar biasa

Apa yang aku mimpi
Entah macam mana jadi realiti

Kadang rasa tak nak percaya
Lantas kau senyum, aku dipukau

Memoir ini tersimpul cantik
Serius dan benar, aku tak lupa

Kita berdua bersama menggila
Ya, aku tersipu, ini lagi gila

Gila-gila punya rasa

Betul kata entah siapa
Jangan berhenti bermimpi

Aku akan pandu mimpi ini
Sehingga kita ke syurga, bersama

8 tahun bukannya lama
Jika 8 aku sanggup

Mungkin boleh cukup 10?

E

Saturday, 2 May 2015

Riang oh periang

Andai kita tak jumpa
Tak ku tahu riang itu apa
Biar tangan menepuk angin
Akan aku tepuk setiap penjuru bumi
Agar aku mampu sedapkan jiwa
Yang kau milikku walau dalam mimpi cuma

Andai esok masih tiba
Izinkan aku menjadi matahari siang
Menjadi bulan malam
Oh, nak jadi bintang juga boleh tak?
Oh ini metafora klise

Andai kau aku miliki
Ini semua andaian mimpi
Mampu tak aku buat realiti?
Macam dalam novel?
Barangkali nak dengar pun geli
Yang aku cinta kau. 

Ya, sampai mati




Wednesday, 29 April 2015

Mengarut yang logik

Tapi bagaimana?
Untuk aku muntahkan rasa 

Tapi bagaimana?
Untuk aku mula membuka mulut

Tapi bagaimana?
Untuk aku cuba merangkul


Tarikan sangat luar biasa
Tarik-tolak yang aku suka
Terkadang benci
Ikat-lerai yang aku kagumi
Terkadang aku terkunci

Berikan aku satu noktah
Nescaya aku sambungkan tulisan
Mengikut gerak yang kau simpan. 


Hantaran istimewa

Hai apa khabar?

Baca kerana nak tahu kisah saya?
Serupa tak ada nafas yang perlu dihela?
Macam tak ada kehidupan, adakah itu anda?

Maaf





Tuesday, 28 April 2015

Kami

Kami
Di sini kaki memijak
Duri yang kalian tinggalkan

Rosak
Perlahan kami betulkan

Sesak
Laju kami amankan

Korup
Ya, kami lihat, kami telan, kami lawan

Seberapa banyak yang halang
Kami akan juang!


Wednesday, 22 April 2015

Kita asimetri

Aku cuba mencari,
Satu erti,

Dalam satu tong,
Dihiasi enam jambatan ke syurga,
Pemusingnya penentu panjang atau pendek,
Tak kisah sama ada aku susah,
Yang pasti, aku cuba realisasi.

Aku, dan rahsia,
Tak pasti bila berpisah,
Juga rasa ini terhadap kau,
Rahsiakan selamanya,
Dan pastinya, satu hari kau tahu juga.

Dengan satu pen dan kertas,
Aku cuba melakar dunia,
Dunia kau dan aku, yang penuh beza,
Kita asimetri,
Dan selamanya.

E





Monday, 20 April 2015

Surat untuk diri sendiri

Ke hadapan Akmal,

Cahaya yang kau lihat hari ini,
Bukan semestinya bayang-bayang kemudian hari,
Apa yang kau terima hari ini,
Bukan semestinya yang perlu kau beri esok,

Langkah, yang di hadapan kau perlu,
Lari lah selaju boleh,
Kerana kau mampu,
Kalau lah kau tersungkur, bangun sendiri,
Dunia bukan tak peduli,
Cuma kau kena tengok,
Mati hidup itu seorang.

Katakan dua puluh tahun lagi, pada tanggal ini,
Apa yang kau peroleh?

Kalau positif sempurna,
Itu kredit.

Kalau negatif hancur?
Itu yang kau perlu audit.

Selamat hari lahir ke 25 buat aku,
Andai aku diberi hidup seribu juta tahun lagi,
Apa yang penting, aku kena kukuh.

Semoga Tuhan merahmati. Amiin.

20 April 2015

Hingga satu hari

Suatu masa yang akan melewat,
Aku janji,
Kau yang paling bertuah,
Dalam alam dunia sekalian makhluk.



Thursday, 16 April 2015

Rola kosta

Naik turun,
Dari A ke Aa,
Dari 0 ke 0 semula,

Dunia,
Putaran tak pernah kau sangka,
Kadang suka kadang celaka,
Apa boleh buat?
Yang datang tak mampu dihalang,
Yang di mahu tak mampu di hiding.

Seketika,
Kena sedar,
Dunia cuma sau permainan,
Yang garisannya,
Jauh disana, tapi semakin dekat,

Lalu,

Aku cuba, gapai kau punya tangan,
Daripada sebarang kesialan,

Aku cuba, bawa kau ke kemenangan,
Cubaan untuk sampai sebelum tembakan,


Tak,
Tak,
Tak,
Tak ada paksaan, kerna aku juga penuh khilaf,

Tapi,
Tapi,
Tapi,
Tapi aku nak.

Kita ke semulajadi,
Sebati dengan dunia,
Selari dengan akhirat


Abadi, eterniti,









Tuesday, 14 April 2015

Sibuknya

Bukan lah sibuk di rutin,
Cuma sibuk yang tak aku nak,

Siapa nak sibuk?

Satu perkara buat aku sedar,
Ada apa pada masa percuma?
Makan tidur berak

Apa dapat?

Uhuh, minggu yang sibuk,
Rasa nak lari lagi, macam nak jauh,

Tak sibuk dengan dunia wajib,
Tapi sibuk dengan dunia ciptaan.
Untuk apa?

Tapi satu jenis sibuk yang aku suka,



Menyibukkan diri untuk mencintaimu, wahh cinta cinta ahahaha
Sempat juga menyelit.

Tak boleh tolak

Seriau,
Itu yang selalu,

Kuatnya ada dimana?
Cuma dalam hati.

Semua aku buat nota,
Dalam kepala, dalam hati dalam jiwa.

Kalut, tapi aku tak pernah sangsi,
Ah, pura-pura bergaduh.
Acuh tak acuh, aku masih teguh.

Cuba nak tawan, tapi melawan,
Tak tahan,
Kadangkala aku tewas,
Kadangkala aku kibarkan kemenangan,
Kadangkala reka cerita bangsawan,
Kadangkala aku sawan.

Tapi,
Tak mengapa,

Bukan susah, doa usaha harapan,
Moga tuhan tunjukkan jalan.


E.S.

Monday, 13 April 2015

Hari-hari bersedia

Katakan saja aku matahari,
Aku bersedia disimbah lautan di dunia.

Katakan saja aku bintang,
Aku bersedia kehilangan buruj.

Katakan saja aku bulan,
Aku bersedia tak lagi dirindui pungguk.

Katakan apa saja,
Kalau itu lah yang kau duga, kau terima.
Kalau lah itu yang mampu, kau terima,
Kalau itu yang kau boleh, kau terima.

Bersedia, aku satu senjata.
Kalau-kalau cuma sekeping jiwa aku ada,
Aku minta kau bersedia, dalam hari yang tak tentu.
Dalam pintu-pintu neraka yang menyeru, lupakan nama aku.

Ada lagi satu,
Kalau kau bersedia,
Tunjukkan,
Agar aku mampu tahan sebuah senyuman,
Agar aku mampu melihat kau menangis.

Thursday, 9 April 2015

Satu kisah untuk santapan masa datang

Masa depan,
Tak pernah ada satu pun kepastian,
Apa kau buat hari ini,
tak semestinya pantulan hari esok.

Rancanglah sebaiknya,
Penentuan di tangan Tuhan,
Yang kau cuma mampu harapkan,
Satu keajaiban, satu keputusan.

Yang hakikatnya,
jangan kau kesalkan,

Moganya usaha kau ada keberhasilan.
E

Lewat

Jam,
Analog berdetik,
Digital berkelip,

Jauh,
Sejauh masa, dan jarak yang sudah,
Untuk satu yang aku tak pernah curiga.

Menunggu,
Selama mana bumi berpusing,
Untuk satu yang aku tak pernah lepaskan.

Aku adalah masa itu,
Aku juga jarak itu.

Kau pula cahaya,
Tapi tak terang.

Tuesday, 7 April 2015

Sayang

Dalam angin,
Ada molekul yang tak bertujuan,
Ikutan, mana saja arah kompas,
Kisarnya tak ada batasan,
Cukuplah, aku nak kata,
Ini tak bertepi,
Tak bersempadan,
Tak ada sangsi.


Aku menulis sebuah tahi,
Yang kelak mungkin lagi basi,
Juga muntahkan aku satu yang aku sendiri tak tahu,
Tapi aku pasti yang kau mesti tahu,
Ya, kau tahu, aku pasti,
Yang aku masih disini,
Dari dua ribu lapan hingga kini,
.



Huruf e masih wujud



Monday, 6 April 2015

Tolong habiskan

Kau nak tahu tak,
Kalau kau mula bercerita, tolong habiskan cerita,
Kalau tak, cerita jadi angin, hilang, ada tak ada ada tak ada,
Kau nak?

Sama dengan usaha,
Kau nak tahu tak,
Kalau kau mula berusaha,
Tiba-tiba kau berhenti,
Kau sia-sia, seawal mula usaha,
Baik kau tidur,
Dari kau terseksa,
Nak tunggu usaha berjalan sendiri,
Baik kau mati.

Kadang pula, usaha kau seakan tak ada makna,
Kau pasti?
Bila kau rasa tak ada makna,
Itu maknanya usaha kau belum terlaksana,
Ya, kau kena terus lagi,


Bagi aku pula,
Usaha, cerita, semuanya tak akan berhenti,
Destini dia satu sahaja, untuk kau puas hati,
Tapi aku tak cari kepuasan,
Aku cari bebas.

Ya, kebebasan hati.
Untuk aku boleh cerita kepada generasi bawah aku,

Yang aku tak pernah berhenti mengejar dia, E.S.


Wahhhhh cinta rupanya.

Friday, 3 April 2015

Jangan sebarangan

Kelaknya nanti, adakah tinggal kenangan?
Tak, aku tak akan benarkan,
Biar impian ini aku tanam,

Kejar, tak aku biar kaki terbenam,
Merangkak, biar pun haluan aku sesak,
Luar biasanya magnetisme kau,
Aku tertarik ke kutub yang menolak,

Bila esok tiba,
Rasa ini masih sama,
Kerana apa?
Cuba kira lah berapa tahun kita jumpa,
Berapa lama pula aku relaks tunggu,
Tak mengapa,
Ice blended tak kira masa,
Puma? Sampai ke hari ini aku singgah,
Kerana apa?
Kenangan itu indah, tak pernah aku sanggah,
Haha, kau tak akan pernah tahu, apatah lagi baca.

Biar orang kata aku gila,
Biar semua ingat aku pura-pura,

Ini aku, aku tahu apa aku rasa,
Cinta memang gila.
Serius lah.

Rindu

Sejak dari tanggal 4 Mac,
Di depan lapangan terbang,
Nak saja aku peluk!
Tapi aku tak mampu.

Satu bulan tak bertemu,
Sumpah rindu,
Ya, kau tak akan tahu,
Sebab, bukan kau yang mahu.

Ini hati tak pernah bohong,
Walhal aku sekali pun tak pernah meluah,
Apatah lagi untuk aku melafaz, aku rindu tapi malu.
Bila entah boleh macam dalam mimpi.


Shit, rindu,
E.S.

Tuesday, 31 March 2015

Gagal

Berapa kali kita sudah gagalkan dunia,
Berapa kali kita sudah gagalkan harapan penerima bencana,
Berapa kali kita sudah gagalkan perasaan anak kecil tanpa ibu bapa,
Berapa kali kita sudah gagalkan yang diseksa tanpa dibela.

Adakah kita dibawah rasa pengsan,
Setitis air mata, umpama seukir senyuman.

Sampai bila kalian terus menipu,
Sampai bila surat khabar cuma satu media utuh?

Nyawa cuma pasiran di pantai.

Depan mata

Aku nak mengemis,
Berikan aku satu waktu lebih,
Untuk aku kembali di landasan,
Yang kini aku di luar garisan,
Aku mencari siapa diri ini,
Aku cuba mengenali Yang Abadi,
Yang selama ini aku tolak tepi.


Setiasa aku bergelak kegirangan,
Kadangkala ingat, tapi buat lupa,
Aku hidup dalam ketentuan Nya,
Ingat, lupa, ingat, lupa.

Berkali tersungkur,
Aku masih leka.
Hidup dalam tak ada cahaya,


Berilah aku lagi hari,
Untuk aku mula mencari nadi,
Yang lama aku anak tirikan.

Aku dalam dilemma.

Mungkin, barangkali, kalau

Mungkin,
Satu hari nanti,
Penawar hati semudah antibiotik di farmasi,
Tapi itu mungkin, cuma mungkin kau sedang bermimpi,
Hati itu sendiri tak bertepi, tak terkira dalamnya, sejuta sakit mampu di hadam,
Manakan kau mampu ke perskripsi untuk ubati.


Barangkali,
Satu hari nanti,
Lukanya dihati enteng kau baluti di klinik kerajaaan RM 1 pendaftaran,
Boleh pula kau jahit gurisnya,
Tapi itu cuma barangkali,
Hati itu sendiri mampu terjatuh di atas kaca dibawahnya api,

Kalaulah,
Satu hari nanti,
Hati itu boleh dijual, dibeli, disewa, diganti, di tukar pakai,
Mahu saja aku modifikasi,
Semua hati yang jadi,
Aku hadiahkan kepada penduduk bumi,
Untuk kalian mengerti,

Teori sebuah morality.

Getar

Terasa,
Buat aku mula ternganga,
Apa benda di belakang sana?
Apa benda di depan sana?

Yang buat aku tertanya,
Dimana saki-baki yang direncana,
Dari 1957 hingga kini,
Apa lagi yang ada?

Buat aku terlena,
Dibuai sengsara yang tak pernah lupa,
Akan satu erti; haloba manusia.

Kita yang tinggal hanya yang nyawa-nyawa ikan,
Diperah, dikelar, untuk secawan darah secebis isi merah.





Tuesday, 24 March 2015

Balik semula

Baliklah,
Ke permulaan yang satu.

Tak hilang mana pun,
Cuma bertenggek, seraya dan dua raya aku berkata ''nanti dulu, tak pernah hilang''

Tetingkap pelepasan,
Yang dimana aku sendiri takut melepaskan,
Uh, itu cuma arus positif yang aku cuba terapkan,
Yang aku tahu, positif yang aku cipta selalunya pengakhirannya lagi teruk daripada neraka.

Tak mengapa, asal aku bahagia.
Ya, bahagia asalkan aku selalu ada, doa untuk dia.



Monday, 23 March 2015

Rindu

Terkedu,
Nak aku bagi tahu memang tak mampu,

Walau cuma beberapa kilometer,
Terpisah dengan MRR2 durjana,
Jalan kaki pun sampai,
Masih aku malu, aww

Pesanan ringkas, panggilan telefon,
Juga aku tak tahu macam mana mahu.

Takut, seram

I miss you.

Tuesday, 3 March 2015

Selamat tinggal Malaysia!

Moga kita bertemu kembali, harapnya.


GMT yang berbeda.

Tak mengapa.



Cinta,

Akmal Azmanshah
3 Mac 2015

Tuesday, 24 February 2015

E

Huruf yang tak pernah hilang,
Setiap kali aku membilang
bayang kau muncul,

Hilang, aku terbang dalam waktu yang berpusing.



Monday, 23 February 2015

Cuma seketika

Lampiran yang tak pernah bertempiaran,
Lembut, tapi sukar aku sambut,
Yang tak juga selalu aku pandang,
Tapi jangan risau, ini rasa yang tak pernah hilang.

Kau, serius aku berkata,
Terlalu istimewa,
Andai benar kata teman,
"Tak mungkin aku akan kesepian andai menanti itu satu kewajipan"

Usah risau dan galau,
Tatkala titik itu selalu berlari,
Akan aku keluarkan segala keringat,
Pasti aku jadikan selari,
Aku pasti,satu waktu yang tak aku pasti,
Kau bidadari dalam hati.

'E'

Saturday, 21 February 2015

Makin tak faham

Apa yanng sedang berlalu,
Tak aku faham,
Sekilas aku angguk, serpihan aku tersekat,
Mungkin satu dua yang aku tahu, cuma aku buat-buat tahu,
Atau aku buat-buat pasti.

Entah,
Terkadang rasa seperti aku mahu muntah,
Jeritkan paksakan saja apa yang aku curiga,
Moga kau tahu aku tak seperti biasa,
Dan pasti,
Aku tak mampu buat.

Beberapa hari dari sekarang,
Ketiadaan aku akan lenyap,
Jauh, 6254 km yang pastinya aku pun tak mampu menanggung rindu,
Nak aku ucapkan tapi akal kata tunggu,

Aaaaah, kau tunggu, KLIA aku lepaskan.



Wednesday, 18 February 2015

Terkesan, dalam, dan hampir pengsan.

Hmm hmm hmm,
Satu situasi yang kau reka,
Satu situasi yang aku teka,
Aku mampu menerka,
Tujuannya sama; menjaga hati dan rasa,

Hampir putus tali yang aku kerat,
Cuma untuk kau sebagai penamat, cukup,
Kod yang semakin hari semakin mampu aku pecah,
Hmm hmm hmm,

Dan,

Kau cuba beli jiwa,
Ah, bukan beli, malahan sewa sekali akal aku,
Aku terikat,
Tempohnya berapa lama?
Aku rela menghamba untuk selama mana,
Jika kau sudi menemani untuk selamanya.

Kisah pula aku dengan dunia?
Dunia aku cuma ada kita.





Thursday, 12 February 2015

Yang satu

Kau,
Satu,
Dalam hati,
Tak akan aku matikan suis ini,
Akan aku di sisi kau, sampai mati.

Biar orang kata apa,
Biar kata aku gila,
Biar kata aku derita,
Lantas kau, aku pilih sebagai cinta.

Cinta itu picisan bagi siapa yang memualkan.
Cinta itu akhir garisan bagi siapa yang melahirkan.




*idea sekarang tengah banyak berbunga.

Wednesday, 11 February 2015

E.S.

Aku tak mampu tahan,
Aku tak faham,
Aku tak rasa ini rumit,
Cuma pecahan kod yang aku perlu lebih teliti,

Kau aku hampir sama,
Tapi hakikatnya kita beza,
Aku khayalkan cupid,
Tapi realitinya aku sendiri,

I love You.

Wednesday, 28 January 2015

Dan akan tiba jawapan kepada percubaan

Mana lah nak tahu bila,

Tapi,

Dalam hati kata pasti,

Sebab apa?

Sebab kita mampu tunggu.

Tak realistik, tapi kita cuba  untuk percaya
Dan kita percaya, kombinasi akal, jiwa dan harapan.

Bukan apa.
Selagi kita percaya, selagi itu ianya nyata.
Cuma tak pasti bila.
Ya, aku cuba, dan cuba dan cuba.
Kerana rasa yang tak pernah terbang.

Ya, aku kau punya, kau aku punya.

Aku cuba.
E.S.

Wednesday, 14 January 2015

Sesuatu dalam lingkungan

Macam mana aku nak mula
Jika kau membisu
Aku terbantut
Kadangkala menerawang sampai ke laut

Apa aku boleh buat
Bermimpi dan berkhayal tanpa rasa bersalah
Imajinasi aku hanya yang bahagia
Tak akan ada yang derita untuk kita

Kau, sangat istimewa
Biar sampai abad berubah
Tak pernah terasa mahu mengubah rasa
Ahahaha, ini semua gila

Menanti dan terus menanti
Satu anjakan yang lahir hari kau punya hati
Agar aku mampu berkata
"Mimpi aku selama ini realiti".

Friday, 2 January 2015

Siapa rasa

Ada rasa macam nak muntah.
Serius, muntah pelangi.

Tak, ingat murah?
Percuma pun aku tak sanggup.
Biarlah.


Skrip yang sama,
Waktu yang berbeza,
Siapa sangka dalam air ada gajah.
Jadi? apa yang kau pertahan?

Singkat sangat masa dan waktu.
Sumpah, pendeknya tak kau rasa,
Alih-alih, tinggal dua hembusan sebelum ke kubur.