Wednesday, 29 April 2015

Mengarut yang logik

Tapi bagaimana?
Untuk aku muntahkan rasa 

Tapi bagaimana?
Untuk aku mula membuka mulut

Tapi bagaimana?
Untuk aku cuba merangkul


Tarikan sangat luar biasa
Tarik-tolak yang aku suka
Terkadang benci
Ikat-lerai yang aku kagumi
Terkadang aku terkunci

Berikan aku satu noktah
Nescaya aku sambungkan tulisan
Mengikut gerak yang kau simpan. 


Hantaran istimewa

Hai apa khabar?

Baca kerana nak tahu kisah saya?
Serupa tak ada nafas yang perlu dihela?
Macam tak ada kehidupan, adakah itu anda?

Maaf





Tuesday, 28 April 2015

Kami

Kami
Di sini kaki memijak
Duri yang kalian tinggalkan

Rosak
Perlahan kami betulkan

Sesak
Laju kami amankan

Korup
Ya, kami lihat, kami telan, kami lawan

Seberapa banyak yang halang
Kami akan juang!


Wednesday, 22 April 2015

Kita asimetri

Aku cuba mencari,
Satu erti,

Dalam satu tong,
Dihiasi enam jambatan ke syurga,
Pemusingnya penentu panjang atau pendek,
Tak kisah sama ada aku susah,
Yang pasti, aku cuba realisasi.

Aku, dan rahsia,
Tak pasti bila berpisah,
Juga rasa ini terhadap kau,
Rahsiakan selamanya,
Dan pastinya, satu hari kau tahu juga.

Dengan satu pen dan kertas,
Aku cuba melakar dunia,
Dunia kau dan aku, yang penuh beza,
Kita asimetri,
Dan selamanya.

E





Monday, 20 April 2015

Surat untuk diri sendiri

Ke hadapan Akmal,

Cahaya yang kau lihat hari ini,
Bukan semestinya bayang-bayang kemudian hari,
Apa yang kau terima hari ini,
Bukan semestinya yang perlu kau beri esok,

Langkah, yang di hadapan kau perlu,
Lari lah selaju boleh,
Kerana kau mampu,
Kalau lah kau tersungkur, bangun sendiri,
Dunia bukan tak peduli,
Cuma kau kena tengok,
Mati hidup itu seorang.

Katakan dua puluh tahun lagi, pada tanggal ini,
Apa yang kau peroleh?

Kalau positif sempurna,
Itu kredit.

Kalau negatif hancur?
Itu yang kau perlu audit.

Selamat hari lahir ke 25 buat aku,
Andai aku diberi hidup seribu juta tahun lagi,
Apa yang penting, aku kena kukuh.

Semoga Tuhan merahmati. Amiin.

20 April 2015

Hingga satu hari

Suatu masa yang akan melewat,
Aku janji,
Kau yang paling bertuah,
Dalam alam dunia sekalian makhluk.



Thursday, 16 April 2015

Rola kosta

Naik turun,
Dari A ke Aa,
Dari 0 ke 0 semula,

Dunia,
Putaran tak pernah kau sangka,
Kadang suka kadang celaka,
Apa boleh buat?
Yang datang tak mampu dihalang,
Yang di mahu tak mampu di hiding.

Seketika,
Kena sedar,
Dunia cuma sau permainan,
Yang garisannya,
Jauh disana, tapi semakin dekat,

Lalu,

Aku cuba, gapai kau punya tangan,
Daripada sebarang kesialan,

Aku cuba, bawa kau ke kemenangan,
Cubaan untuk sampai sebelum tembakan,


Tak,
Tak,
Tak,
Tak ada paksaan, kerna aku juga penuh khilaf,

Tapi,
Tapi,
Tapi,
Tapi aku nak.

Kita ke semulajadi,
Sebati dengan dunia,
Selari dengan akhirat


Abadi, eterniti,









Tuesday, 14 April 2015

Sibuknya

Bukan lah sibuk di rutin,
Cuma sibuk yang tak aku nak,

Siapa nak sibuk?

Satu perkara buat aku sedar,
Ada apa pada masa percuma?
Makan tidur berak

Apa dapat?

Uhuh, minggu yang sibuk,
Rasa nak lari lagi, macam nak jauh,

Tak sibuk dengan dunia wajib,
Tapi sibuk dengan dunia ciptaan.
Untuk apa?

Tapi satu jenis sibuk yang aku suka,



Menyibukkan diri untuk mencintaimu, wahh cinta cinta ahahaha
Sempat juga menyelit.

Tak boleh tolak

Seriau,
Itu yang selalu,

Kuatnya ada dimana?
Cuma dalam hati.

Semua aku buat nota,
Dalam kepala, dalam hati dalam jiwa.

Kalut, tapi aku tak pernah sangsi,
Ah, pura-pura bergaduh.
Acuh tak acuh, aku masih teguh.

Cuba nak tawan, tapi melawan,
Tak tahan,
Kadangkala aku tewas,
Kadangkala aku kibarkan kemenangan,
Kadangkala reka cerita bangsawan,
Kadangkala aku sawan.

Tapi,
Tak mengapa,

Bukan susah, doa usaha harapan,
Moga tuhan tunjukkan jalan.


E.S.

Monday, 13 April 2015

Hari-hari bersedia

Katakan saja aku matahari,
Aku bersedia disimbah lautan di dunia.

Katakan saja aku bintang,
Aku bersedia kehilangan buruj.

Katakan saja aku bulan,
Aku bersedia tak lagi dirindui pungguk.

Katakan apa saja,
Kalau itu lah yang kau duga, kau terima.
Kalau lah itu yang mampu, kau terima,
Kalau itu yang kau boleh, kau terima.

Bersedia, aku satu senjata.
Kalau-kalau cuma sekeping jiwa aku ada,
Aku minta kau bersedia, dalam hari yang tak tentu.
Dalam pintu-pintu neraka yang menyeru, lupakan nama aku.

Ada lagi satu,
Kalau kau bersedia,
Tunjukkan,
Agar aku mampu tahan sebuah senyuman,
Agar aku mampu melihat kau menangis.

Thursday, 9 April 2015

Satu kisah untuk santapan masa datang

Masa depan,
Tak pernah ada satu pun kepastian,
Apa kau buat hari ini,
tak semestinya pantulan hari esok.

Rancanglah sebaiknya,
Penentuan di tangan Tuhan,
Yang kau cuma mampu harapkan,
Satu keajaiban, satu keputusan.

Yang hakikatnya,
jangan kau kesalkan,

Moganya usaha kau ada keberhasilan.
E

Lewat

Jam,
Analog berdetik,
Digital berkelip,

Jauh,
Sejauh masa, dan jarak yang sudah,
Untuk satu yang aku tak pernah curiga.

Menunggu,
Selama mana bumi berpusing,
Untuk satu yang aku tak pernah lepaskan.

Aku adalah masa itu,
Aku juga jarak itu.

Kau pula cahaya,
Tapi tak terang.

Tuesday, 7 April 2015

Sayang

Dalam angin,
Ada molekul yang tak bertujuan,
Ikutan, mana saja arah kompas,
Kisarnya tak ada batasan,
Cukuplah, aku nak kata,
Ini tak bertepi,
Tak bersempadan,
Tak ada sangsi.


Aku menulis sebuah tahi,
Yang kelak mungkin lagi basi,
Juga muntahkan aku satu yang aku sendiri tak tahu,
Tapi aku pasti yang kau mesti tahu,
Ya, kau tahu, aku pasti,
Yang aku masih disini,
Dari dua ribu lapan hingga kini,
.



Huruf e masih wujud



Monday, 6 April 2015

Tolong habiskan

Kau nak tahu tak,
Kalau kau mula bercerita, tolong habiskan cerita,
Kalau tak, cerita jadi angin, hilang, ada tak ada ada tak ada,
Kau nak?

Sama dengan usaha,
Kau nak tahu tak,
Kalau kau mula berusaha,
Tiba-tiba kau berhenti,
Kau sia-sia, seawal mula usaha,
Baik kau tidur,
Dari kau terseksa,
Nak tunggu usaha berjalan sendiri,
Baik kau mati.

Kadang pula, usaha kau seakan tak ada makna,
Kau pasti?
Bila kau rasa tak ada makna,
Itu maknanya usaha kau belum terlaksana,
Ya, kau kena terus lagi,


Bagi aku pula,
Usaha, cerita, semuanya tak akan berhenti,
Destini dia satu sahaja, untuk kau puas hati,
Tapi aku tak cari kepuasan,
Aku cari bebas.

Ya, kebebasan hati.
Untuk aku boleh cerita kepada generasi bawah aku,

Yang aku tak pernah berhenti mengejar dia, E.S.


Wahhhhh cinta rupanya.

Friday, 3 April 2015

Jangan sebarangan

Kelaknya nanti, adakah tinggal kenangan?
Tak, aku tak akan benarkan,
Biar impian ini aku tanam,

Kejar, tak aku biar kaki terbenam,
Merangkak, biar pun haluan aku sesak,
Luar biasanya magnetisme kau,
Aku tertarik ke kutub yang menolak,

Bila esok tiba,
Rasa ini masih sama,
Kerana apa?
Cuba kira lah berapa tahun kita jumpa,
Berapa lama pula aku relaks tunggu,
Tak mengapa,
Ice blended tak kira masa,
Puma? Sampai ke hari ini aku singgah,
Kerana apa?
Kenangan itu indah, tak pernah aku sanggah,
Haha, kau tak akan pernah tahu, apatah lagi baca.

Biar orang kata aku gila,
Biar semua ingat aku pura-pura,

Ini aku, aku tahu apa aku rasa,
Cinta memang gila.
Serius lah.

Rindu

Sejak dari tanggal 4 Mac,
Di depan lapangan terbang,
Nak saja aku peluk!
Tapi aku tak mampu.

Satu bulan tak bertemu,
Sumpah rindu,
Ya, kau tak akan tahu,
Sebab, bukan kau yang mahu.

Ini hati tak pernah bohong,
Walhal aku sekali pun tak pernah meluah,
Apatah lagi untuk aku melafaz, aku rindu tapi malu.
Bila entah boleh macam dalam mimpi.


Shit, rindu,
E.S.