Monday, 31 August 2015

Dalam satu saat

Satu petikan
Satu kelipan

Aku tahu
Aku tak sepenting satu kerlipan
Tak semustahak yang selalu aku imaginasikan

Aku juga tahu
Dalam sakit dunia
Ada lagi sakit yang tak terluah
Mana aku nak muntahkan hujah
Jalan yang tak ada pembahagi
Lalu aku lumpuh
Dalam sekatan yang tak diketahui
Juga tak mampu aku patahkan

Mungkin
Aku cuma bayang-bayang
Lahir belakang cahaya
Hilang dalam terang
Antara satu contoh
Sinonim yang tak keterlaluan

Tempias sebuah ekstasi 
Syok sendiri
Aku lupa diri

Lupa juga yang aku bukan apa-apa
Malahan lupa aku bukan siapa-siapa




Friday, 28 August 2015

Kalau aku tak ada

Kalau aku tak ada nanti
Aku cuma nak kau tahu
Nama kau selalu aku buaikan
Dalam terjaga dan lelap
Setiap doa yang ditadah
Tak pernah aku lupa
Tak pernah hilang

Kalau aku tak ada esok
Aku cuma nak kau jaga diri
Dunia bukan semudah ABC
Juga bukan sesusah emc2
Hati-hati kalau berapi
Ingat diri bila senyum
Jangan hilang timbang

Kalau satu hati nanti aku pergi menghadap Illahi
Lebih awal dari yang dinanti
Jangan risau
Semua untuk kau aku sudah siapkan
Yang mana aku termampu
Sebab aku janji
Aku akan jaga kau sampai bila-bila

Janji yang tak pernah aku lupa

E



Tuesday, 11 August 2015

Cuba mengira digit dan aksara

Esok masih dalam anggapan
Tak pasti kalau masih ada harapan
Hujan boleh turun di gurun
Inikan pula roda hidup yang tak tentu
Risaukan hati?
Aku ada di sini sampai bila-bila

Selepas semua yang jadi
Hari semalam dan yang bakal digenggam
Esok pula aku akan teliti
Rasanya aku mampu nak memberi
Walau impaknya aku menghadap mati
Andaikan saja aku tak pernah wujud
Niat itu paling mustahak
Yang bila aku kata aku janji.

Tak akan akan aku tabur janji, biarlah aku katakan kepada diri sendiri. Itu sudah memadai.



Dunia semain petak

Keterlaluankah untuk aku rasa bimbang
Tentang dunia yang makin mencengkam
Definisi kejam yang mereka sinonimkan dengan keamanan
Tertangguh pelbagai kebaikan
Diluluskan segala kejahilan
Teori-teori dangkal yang kerap dijadikan perisai
Masih adakah ruang untuk aku berjalan di taman?

Sunyi walau mesti
Beduk berbunyi lima kali sehari
Makin ramai tak peduli
Yang tinggal cuma yang masih percaya
Yang abaikan cuma yang masih terlena
Aku takutkan segala yang bermain dikepala
Masih adakah cahaya untuk kita bermandi
Masih adakah bayu untuk kita rasai

Sempatkah pula untuk kita mengingati tatkala nafas terakhir






Sunday, 9 August 2015

Mak kata

Mak kata
Cari duit banyak
Jangan malas-malas
Satu hari nak menaggung anak orang
"Kau kena bagi dia senang", mak kata

Mak kata
Solat jangan tinggal
Tiang kena kuat
Disiplin sujud pada tuhan
Kalau tak, jangan berangan

Mak kata
Hati jadi lelaki 
Tolak ansur penting
Jangan buat musuh
Guna akal dengan betul

Mak kata
Mak tak pernah halang apa-apa
Doa mak sentiasa ada
Yang baik mak sokong
Yang kurang mak tolong

Mak, abang chi ingat kata-kata mak sampai bila-bila. 




Saturday, 8 August 2015

Perhatikan

Bunga bintang bulan langit cakerawala 
Galaksi dunia jiwa planet not getar isyarat siput ikan ayam kambing rumput air
Blablablablabla

Ah, aku malas menulis hari ini
Cukup tak sekadar aku katakan yang..


Aku senyum!

Friday, 7 August 2015

Kadang-kadang

Ada satu-satu masa
Aku sedar diri
Aku tahu mana aku berdiri
Aku cuma menumpang
Aku sentiasa di bawah
Aku sentiasa menjadi bukan pertama

:(

Bendera separuh tiang

Apakah aku
Berani untuk menarik
Satu bendera
Yang kini sudah separuh tiang

Yang geraknya tak bergaya
Tepinya sudah dimakan angin
Warnanya masih berjalin
Ketawakan aku, silakan

Tuhan
Mampukah aku?

Thursday, 6 August 2015

Terdiam dalam telanjang

Tak bergerak
Untuk tangan ini
Menulis
Menaip
Melukis
Melakar

Apatah lagi nak aku bakar satu per satu aksara yang bermain depan mata

Aku tak mampu

Rasional
Aku sedar aku bukan siapa-siapa
Apa yang ada cuma apa yang masih ada
Kedudukan dan darjah aku yang tak seberapa

Menampar air di laut
Sakit, apa yang bergema tak sampai nisbah yang diminta

Terlalu banyak perkara
Ini komprehensif?
Atau cuma kolektif sendiri?
Tak pun sekadar aku defensif atas topik yang aku takuti?

Dan dalam detik ini, aku masih cuba


Tuesday, 4 August 2015

Menggigil

Pusingkan balik 
Di luar, ada belakang
Adakah ini mimpi
Lalu aku ambil kata putus
Untuk menyertai 

Memanggil
Adakah kau sanggup
Untuk tunggu aku
Atau keterbiasaan untuk aku 

Jangan lalu jalan itu
Adakah kau sanggup
Untuk tunggu aku
Dan pastikan ia tak berlalu

Mendengar di tepi
Lebih baik aku memanggil kau
Lama dan terlalu
Tapi aku sanggup tunggu

Bangun, buka tingkap
Dengarkan semua yang bagus
Bersiap, melompat
Dengarkan yang indah

Aku tak bosan mendengar lagu yang lama
Aku tak bosan menyanyi lagu yang lama

Kerana kau, sentiasa baru

Dan aku, masih di titik perpuluhan kosong
Aku tak akan bosan

I love you 
E.S.

3 Ogos 2015


Monday, 3 August 2015

Draf lagi

Sampai bila nak aku simpan
Draf-draf lama yang berhabuk
Aku tak tahu, sumpah
Bila aku patut luahkan?
Atau biarkan saja dalam hati
Atau luahkan, biarpun reaksi negatif bakal aku terima
Atau draf ini aku patut arkibkan saja dalam angan-angan

Atau pun sebenarnya...

Semua plot yang terjadi
Aku syok sendiri?
Pusing-pusing, banyak persepsi yang naik
Apa semua aku pun dah tak tahu nak rungkai

Atau

Memang aku yang syok sendiri

Atau

Memang aku yang syok sendiri

Atau

Mimpi ini memang tak pasti


Sunday, 2 August 2015

Mimpi

"Mimpi itu percuma"
"Mimpi itu tak pernah membunuh cita-cita manusia"

Aku terkesan dengan dua frasa
Gunanya untuk sentiasa di awan
Apa aku tak ada harapan?
Aku sendiri tak pasti
Aku selalu cuba
Ada masa yang aku sendiri mati
Satu yang menolak belakang aku
"Kau kena percaya"

Aku bangun lawan diri sendiri
Orang kata, lawan diri sendiri dahulu

Saturday, 1 August 2015

Jangan lupa

Aku ada
Untuk setiap ketika yang berdetik
Untuk setiap angin yang membantai
Untuk setiap laluan yang tak berhujung

Walau sampai nafas aku perlu diberi
Halusinasi patut aku jana
Untuk kau

Semuanya
Aku tak janji tinggi- tinggi macam pari-pari gigi
Yang aku sumpah, kau akan sentiasa disisi aku

Sampai terputus dunia



Perbandingan

Manusia
Tak lari daripada membanding akan satu hal dengan satu yang lain

Selalu saja nak bertanding
Kalau kalah, tak nak berpaling

Segelintir

Juga ada yang sunyi
Tipu lah kalau tak menghakimi
Cuma simpannya di hati-di buang-tolak tepi
Pegangnya prinsip hanya Dia yang maha menghakimi

Walau apa yang beza
Pelengkap itu selalu ada
Kurnia dari Nya
Untuk kita saksama sesama insan

Darjat dan pangkat bukan harta untuk kau ke syurga
Ini bukan aku yang kata
Ini titah daripada Yang Esa.