Sunday, 11 October 2015

Tempat

Aku sedar aku siapa

Perisai-perisai tak kuat

Dalam lautan dosa
Lemas
Manusia, khilaf sentiasa
Dan aku masih cuba
Untuk membetulkan segala kata
Mencantumkan segala silang-kata
Menjawab semua teka-teki

Terkadang sesat
Ikut sangat arah dunia
Tapi nak buat macam mana
Walhal peta dalam tangan
Aku masih hilang panduan

Hati seolah mengorbit fikiran
Belenggu yang entah kenapa
Tiba-tiba
Rasa macam dahan hilang
Mana nak berpaut
Berimaginasi pula ada sayap
Gila

Runsing
Betul-betul punya runsing
Seolah dunia berputar salah arah
Dan aku melawan arah
Walau aku tahu aku kalah

Tuhan, aku tak nak kalah





Friday, 9 October 2015

Diam

Diam
Campak prosa
Buang lisan
Tutup telinga
Noktah. Simpan koma

Kehabisan tinta

Jelas 
Partikel ini sudah malas
Deru bayu bawa gusar
Mahu membidas
Maju sekilas
Tak diam tak bising
Hati runsing
Atas bawah sama
Kiri kanan sama
Dirantai sebuah rasa
Diri tak ke mana
Cuma jiwa entah ke mana

Produk yang lahir daripada satelit ini
Tak boleh duga
Biarlah orbit ini satu
Walau penuh satu buku
Tak aku lupa mana mula
Tak aku abai mana akhir



Tuesday, 6 October 2015

Tak tipu

Kalau dapat
Betul-betul aku pergi senyap-senyap
Tak siapa dapat tahu
Tak siapa dapat hidu

Saturday, 3 October 2015

Pamit

Rindu
Datang seperti angin
Dari arah yang hilang
Boleh buat aku terbang
Lintasi bimaksakti
Khayal tapi sedar
Dalam cerita-cerita semalam
Hingga aku boleh tumbang