Wednesday, 24 February 2016

Tenggelam

Layu dalam meniti
Sampai bila akhirnya?


Monday, 15 February 2016

Apa yang aku tulis

Belum lagi nak aku jadi gila
Dalam menunggu
Berapa ramai pula melayar
Tak pula aku menghamba

Susah nak faham
Tapi itu hakikat yang kena telan
Susah, tapi tak pernah mengeluh
Sebab aku tahu rasanya

Dan aku sendiri

Tak pernah

Dalam 24 jam satu hari
7 hari satu minggu
Tak pernah
Tak pernah aku lupakan
Dalam diam
Aku pasti ingat 
E

Thursday, 4 February 2016

Garisan penamat

Tak ada yang tahu
Segigih mana aku merangkak
Dalam nak capai bintang
Keringat terkumpul banyak tanda
Memenuhi atmosfera pelbagai

Hujungnya aku masih tak dapat
Semakin aku perah
Semakin aku parah
Biarlah, aku tak nak menyerah
Jika musnah akan segera aku gagah

Dan biarlah banyak mana pun
Ada satu yang masih;
Utama, pertama, dan selamanya

E