Monday, 21 March 2016

Hanyut

Leka mengira jam
Tak tersedar terhenti
Menerawang ke langit
Rupanya ada satu erti
Yang tak pernah diduga

Dalam mencari
Terbina pula satu silang kata
Yang boleh diasimilasi
Mungkin ini mulanya
Aku akan cuba untuk relakan

Jalan dan lupakan semua ruang terdahulu

Friday, 18 March 2016

Menyusun atur

Atas segala yang jadi
Makin sukar nak dipasti
Benar, aku mampu
Tapi aku cuma manusia biasa
Janji-janji yang tertinggal
Cuma kesan

Untuk apa lagi nak berdiri
Sedangkan aku boleh berjalan
Melewati masa sendiri
Kerana aku terasa 
Jangan dipersoal engkau
Soalnya aku

Maaf, untuk semuanya

Tuesday, 1 March 2016

Bukan kontrak

Ketawa kecil
Itu mampu dalam nak rumuskan
Apabila ada yang cuba bertanya
Atau juga respons yang tak perlu
Seolah tahu
Padahal tak 

Batu dibelakang ini samar
Sukar nak difaham
Senang nak dianggap 
Paling penting; aku sahaja yang tahu

E
Dalam seikhlas jalan yang aku pilih
Tak pernah sekali aku pusing 
Aku terus bina
Kerana cinta aku bukan kontrak

Tak pasti

Semakin gelap 
Dalam terang
Yang disini terus tenggelam
Yang disana melambai ke belakang
Aku? Statik

Isyarat tak pernah kena
Ada saja waktu berkecamuk
Apa lagi yang aku tak pasti
Semua dalam tangan aku lerai
Tinggal emas untuk gadaikan

Biarkan
Biarkan
Dalam lepaskan, aku tarik
Dalam menarik, aku terlepas